Kurashiki, merupakan salah satu kawasan bandar lama yang bersejarah di Okayama dan terletak tidak jauh dari bandar Okayama.
Antara tarikan di Kurashiki ialah terusan lama yang dipulihara dan dipelihara hingga kini.
Foto:Facebook Projek Travel
Terusan ini wujud sejak tahun 1603 dan ia berfungsi dalam mengedarkan beras pada zaman itu.
Kawasan terusan ini hanya berjarak 10 minit dengan berjalan kaki dari stesyen Kurashiki.
Foto:Facebook Projek Travel
Malah nama Kurashiki juga bermaksud bandar gudang iaitu merujuk kepada gudang di mana beras disimpan.
Kebanyakan rumah-rumah di Kurashiki telah diubah menjadi muzium, butik dan juga kafe.
Foto:Facebook Projek Travel
Antara muzium yang harus anda lawati di Kurashiki ialah muzium Ohara. Ia mempamerkan koleksi besar dari artis Barat terkenal.
Foto:Facebook Projek Travel
Jangan lupa jalan-jalan di sekitar Kurashiki dengan memakai pakaian tradisional Jepun untuk kenang-kenangan dan juga untuk Instagram anda!
Memang banyak lokasi fotogenik dan cantik sesuai untuk dirakam!
Foto:Facebook Projek Travel
Ayuh tempah penerbangan anda ke Okayama dengan segera! -CARI |