View: 1890|Reply: 7
|
Selalu Lari Rumah, Bapa Ikat Dan Bogelkan Anak Pada Rangka Katil
[Copy link]
|
|
Seorang budak lelaki yang ditemui dalam keadaan bogel, diikat pada rangka katil di sebuah rumah berjaya diselamatkan.
Mail Online melaporkan, kejadian yang berlaku di kampung Zhaofan di wilayah Henan, tengah China itu adalah disebabkan kanak-kanak tersebut terlalu degil dan sering lari dari rumah.
Bagi membuatkannya duduk diam, bapanya mengambil langkah mengikatnya di rangka katil.
Penduduk kampung yang melihat kanak-kanak itu diikat terus menghubungi polis untuk meminta bantuan.
Kredit foto: Pear video
Ketika diselamatkan, mangsa tidak boleh bergerak kerana diikat dengan tujuh tali pada tangan, leher, paha dan buku lali.
Dua lagi, dipercayai adik mangsa juga ditemui dalam keadaan bogel.
Menurut sumber Shangcheng TV, kanak-kanak yang dikenali sebagai Liu itu sering lari dari rumah dan tidak pulang selama berhari-hari.
Ibunya memberitahu, kanak-kanak tersebut mengalami masalah mental dan tidak dapat menjaganya dengan sempurna kerana kemiskinan.
Selepas kisahnya tular, pihak berkuasa daerah menghulurkan bantuan bulanan 1,000 yuan (RM593) kepada keluarga miskin tersebut. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nya bebudak ni..
Tlg sound depa supaya family planning pls...
Iols teringat dolu ada adek beradek terencat di mesia..dikurung dlm sangkar bawah rumah..tapi.masa siang je.lah...
Sebab gini.la...dok.lari.bogel keluar rumah.... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan sana 1 family 1 anak je ke..
ke mereka pun percaya konsep rezeki? |
|
|
|
|
|
|
|
ramai nyer anak.. lebih kurang sama besar... |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aiii... Banyaknya ikatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya allah kesiannya. Kenapa lah mak bapak macam ni nak jugak ada anak? |
|
|
|
|
|
|
|
MsKoreanfanatic replied at 16-8-2018 09:31 AM
ramai nyer anak.. lebih kurang sama besar...
3 org je kan anak dia.. taklah ramai pun.. okay jah |
|
|
|
|
|
|
| |
|