Baru-baru ini usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida telah melancarkan Skim Crypto Club dan Lavida Coin di Menara Felda, Kuala Lumpur.
Persoalannya, menurut FB Ponzi Scheme Alert, skim ini bermasalah kerana ianya hanyalah kesinambungan daripada skim asal Evocoin Malaysia yang hampir lingkup.
Pendek cerita, Evocoin sejenis perniagaan bitcoin hanyalah bersalin kulit dengan suntikan modal daripada Datuk Seri Vida.
Kredit Foto: FB Ponzi Scheme Alert
Majlis pelancaran tersebut diadakan secara meriah di Menara Felda, Kuala Lumpur.
Peserta skim ini dijanjikan banyak kelebihan antaranya pulangan pelaburan yang lumayan dan keanggotaan dalam komuniti pelabur Taman Tema, Kompleks Membeli Belah, Hotel dan Pusat Tahfiz untuk anak-anak.
Kredit Foto: FB Rahmad Mega
Untuk memudahkan pelabur, skim ini juga telah membuka sebuah laman sesawang yang boleh digunakan oleh ahli untuk memantau pelaburan masing-masing.
Kredit Foto: dsvcryptoclub.com
Siasatan mendapati skim ini belum termasuk dalam senarai hitam Bank Negara Malaysia (BNM) walaupun mempunyai modus operandi yang sama dengan skim yang lain.
Oleh yang demikian, pelabur dinasihatkan mendapatkan nasihat kepada BNM Telelink sebelum menyertai Skim yang meragukan.
BNMTELELINK boleh dihubungi di:
BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur
Tel: 1-300-88-5465 (LINK)
Faks: 03-2174 1515
E-mel: [email protected]
Waktu urusan BNMLINK dan BNMTELELINK:
Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang -CARI
|