Kredit foto: Google
Isu LGBT sedang hangat diperkatakan di mana-mana termasuklah di media sosial. Ramai yang mengecam golongan LGBT ini kerana mereka dilihat semakin berani mendedahkan diri mereka dan mula menuntut hak mereka dalam masyarakat.
Malaysia adalah negara yang agama rasminya ialah agama Islam dan sudah tentu menolak perlakuan golongan LGBT yang sama sekali bertentangan dengan fitrah manusia dan melanggar hukum agama. Golongan LGBT sememangnya wujud di mana-mana tetapi di Malaysia, golongan sebegini tidak diiktiraf untuk mereka mengamalkan cara hidup songsang secara terbuka.
Walaupun ramai golongan LGBT sedang menuntut hak mereka sebagai rakyat Malaysia, tetapi berlainan pula dengan seorang individu yang mengaku dirinya LGBT. Lelaki ini telah memuat naik status di twitter yang mengaku dirinya seorang LGBT tetapi membantah tuntutan yang dibuat oleh golongan LGBT.
Ini adalah beberapa sebab mengapa lelaki ini menolak tuntutan LGBT.
Netizen bukannya benci sangat pada golongan LGBT tapi..
Rata-rata netizen yang membaca status twitter ini memohon agar lelaki ini berubah. Ada netizen yang menjelaskan bahawa bukan semua orang membenci golongan LGBT dan menidakkan hak mereka untuk hidup tetapi mereka mengharapkan golongan itu kembali kepada fitrah.
Tegurlah dengan baik
Tidak dinafikan, golongan LGBT telah menerima pelbagai kecaman oleh sesetengah netizen. Tetapi ada netizen berpendapat, itu bukanlah cara terbaik untuk menegur dan menasihati mereka agar mereka sedar akan kesalahan mereka dan berubah.
Netizen masing-masing doakan golongan LGBT berubah
Netizen juga turut menegur netizen yang lain yang mengecam lelaki ini kerana mengaku dirinya LGBT. Mungkin hakikatnya lelaki ini sendiri tidak mampu melawan naluri songsangnya tetapi dalam masa yang sama cuba untuk berubah. Jadi, netizen memohon agar masing-masing mendoakan lelaki ini mampu berubah.
LGBT tetap salah!
Hakikatnya, netizen ini tetap mahu lelaki ini bertaubat walaupun dia sendiri tidak menyokong tuntutan golongan LGBT untuk mendapat hak mereka. Ini kerana cara hidup golongan LGBT sudah terang-terangan menyalahi fitrah manusia dan melanggar hukum Allah.
Sebagai manusia, kita perlu saling hormat-menghormati dan nasihat-menasihati. Setiap daripada kita melakukan dosa tetapi kita tetap diberi peluang untuk bertaubat selagi masih hidup. - CARI |