Susulan menulis ‘surat terbuka’ kepada anak Perdana Menteri, Marina Mahathir berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil mempertahankan doktor perubatan, Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi, lapor MalaysiaKini.
Kredit foto: Utusan Online
“Kalau ada tindakan disiplin terhadap pegawai perubatan tersebut, saya sendiri akan bersuara dan menentangnya.
“Tetapi setakat ini saya dimaklumkan tidak ada sebarang tindakan disiplin diambil ke atasnya, cuma sekadar aduan,” katanya dalam sidang media Majlis Kepimpinan Majlis Belia Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.
Kredit foto: FB
Akibat menulis surat terbuka itu, doktor yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) terbabit dikatakan bakal berdepan tindakan tatatertib selepas pihak tertentu melaporkan tindakannya kepada Biro Pengaduan Awam (BPA).
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ahli Parlimen Muar itu turut menyatakan sokongannya kepada Dr Ilyani.
“Bagi saya, setiap pihak berhak menyuarakan pandangan mereka. Kalau kita bersetuju, kita boleh bersetuju tetapi jika kita tidak bersetuju, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.
“Tetapi, saya tidak setuju sama sekali kalau tindakan disiplin diambil ke atasnya.
Kredit foto: IG Syed Saddiq
“Kerana beliau berhak memberikan pandangannya dan itu pandangan peribadi beliau dan pada masa sama jika tindakan diambil ke atasnya, maksudnya kita sedang menyekat suara dan pandangan beliau,” tegasnya. - CARI |