Biasalah dalam mana-mana majlis yang diadakan, pasti ada sahaja yang tak kena.
Macam yang berlaku di Kuala Lumpur Fashion Week 2018, Sharifah Sakinah ada menegur sesetengah tetamu yang datang lambat ke acara tersebut.
Foto: IG Sharifah Sakinah
Keadaan ini memberi kesan kepada penganjur hingga pertunjukan fesyen KLFW2018 mengambil masa yang lama dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
Dia juga mengingatkan agar tetamu menghormati juga pihak penganjur yang bertungkus-lumus merancang pertunjukan fesyen ini supaya berjalan lancar.
Siapalah agaknya yang ditegur Sharifah Sakinah? Memang 'pedas' tegurannya dan moga dijadikan pengajaran untuk mana-mana majlis yang berlangsung pada masa akan datang. - CARI
|