Selama ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menentang keras sistem imigrasi yang dipanggilnya 'chain migration' di mana ahli keluarga pendatang yang mendapat kerakyatan Amerika terlebih dahulu akan 'menaja' ahli keluarga mereka untuk datang ke AS dan akhirnya turut mendapat taraf kerakyatan.
Dalam manifesto politiknya, Trump bercadang untuk mengehad atau menamatkan sistem ini yang menurutnya akan membawa banyak pendatang asing yang cenderung melakukan keganasan dan jenayah di AS.
Menerusi Twitternya, Trump juga kerap menyelar sistem 'chain migration' ini.
Kredit Foto: Twitter
Tapi, ternyata janji-janji Trump ini cuma retorik semata-mata. Buktinya, hari ini media tempatan melaporkan ibu bapa Melania Trump, Viktor dan Amalija Knavsyang yang berasal dari Slovenia telah diberikan kerakyatan melalui sistem 'chain migration' itu.
Melania dikatakan telah menaja kerakyatan ibu bapanya, melalui sistem sama yang diselar Trump selama ini.
Kredit Foto: New York Post
Dua syarat utama kerakyatan melalui sistem ini adalah mendapat 'kad hijau' terlebih dahulu dan pernah tinggal sekurang-kurangnya lima tahun di AS.
Ketika ditanya tentang syarat kad berkenaan, peguam Melania, Michael Wildes mengesahkan mereka telah mendapatkannya terlebih dahulu. Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai syarat pernah tinggal sekurang-kurangnya lima tahun itu, peguam terbabit enggan mengulas.
Kredit Foto: Elle.com
Anehnya, Trump juga berdiam diri di Twitter apabila ditanya mengenai isu kerakyatan ibu bapa mentuanya itu. Apakah Trump juga berpendapat 'manifesto bukan Bible'? - CARI |