Di United Kingdom, orang ramai mula melakukan kempen membantah aktiviti menconteng kuda padi yang kini semakin popular di kalangan kanak-kanak.
Antara lukisan yang mereka lakarkan pada tubuh kuda padi ini adalah mengecap tangan mereka dan melukis bentuk-bentuk bintang serta bentuk hati menggunakan cat kapur.
Foto: Mirror UK
Bagaimanapun, pihak yang menganjurkan aktiviti tersebut mendakwa ianya tidak memudaratkan kuda dan melukis merupakan salah satu terapi serta dalam masa sama membantu kanak-kanak kurang upaya dengan menunggang kuda itu.
Tetapi, tidak semua orang gembira dengan idea itu.
Ketika para pembantah bersiap sedia untuk berkempen mengenai keburukan yang mereka gambarkan sebagai 'trend yang membimbangkan' ini, kumpulan hak asasi manusia, Ethical Treatment of Animals, atau PETA UK, mengatakan ibu bapa perlu diingatkan bahawa kuda bukanlah alat permainan untuk berparti.
Sophie Tomlinson dari Altrincham, Cheshire, melancarkan petisyen menerusi laman change.org yang kini telah melepasi sasaran 7,500 tandatangan dalam masa tiga hari dan sedang meningkat naik sehingga 10,000 tandatangan, lapor Manchester Evening News.
Menurut Sophie, pesta melukis di tubuh kuda ini adalah trend yang agak menjelikkan.
"esta lukisan Pony adalah satu trend yang membimbangkan di seluruh UK.
"Bayangkan anda terikat di tengah-tengah tawa riang manusia, disentuh kemudian mendapati ada orang yang tidak dikenali menconteng rambut anda. Adakah anda ingin mengalaminya?" katanya seperti dipetik Mirror.
Foto: Mirror UK
Petisyen Sophie disambut baik oleh rakan pembantah lain iaitu Joe Callister yang berkongsi foto parti tersebut. Muat naik Joe telah dikongsikan beratus-ratus kali dan menerima hampir 2,000 komen serta majoritinya bersetuju dengan pendapat bahawa aktiviti tersebut menjelikkan. - CARI |