CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 769|Reply: 0

[Dunia] Etnik Hui bantah perobohan masjid

[Copy link]
Post time 10-8-2018 03:28 PM | Show all posts |Read mode


RATUSAN anggota etnik Hui Muslim China dilaporkan melancarkan bantahan jarang dilakukan dalam usaha terakhir menghalang rancangan merobohkan masjid baharu dibina di bandar terpencil barat laut negara itu.

Akhbar South China Morning Post (SCMP) Hong Kong dalam laporannya berkata, kumpulan etnik itu berkumpul di luar Masjid Agung di bandar Weizhou di rantau autonomi Ningxia Hui.

Pihak berkuasa bercadang melakukan perobohan hari ini walaupun tidak jelas jika ia akan diteruskan mengikut jadual.

Menurut imej dilihat dalam talian, sekumpulan besar etnik itu datang bersama dalam dataran di luar Masjid Agung Weizhou, struktur putih dihiasai sembilan kubah berbentuk bawang, bulan sabit dan empat menara.

Pertikaian di bandar Weizhou di daerah Tongxin dalam Rantau Autonomi Ningxia Hui, adalah konflik terbaharu dan kemungkinan terbesar dalam kempen terkini menyingkirkan apa yang dianggap Beijing sebagai aliran membimbangkan Islamisasi dan Arabisasi di rantau itu, ketika Parti Komunis memerintah bertegas terhadap ‘rantau berdosa.’
ADVERTISING

Menurut notis dikatakan dikeluarkan kerajaan Weizhou bertarikh 3 Ogos lalu dan dikongsi dalam talian, jawatankuasa pengurusan masjid diberi tempoh akhir sehingga Jumaat (hari ini) untuk merobohkan bangunan yang tidak diberi kelulusan perancangan dan permit pembinaan.

“Jika jawatankuasa pengurusan gagal mematuhinya, kerajaan akan secara paksa merobohkannya mengikut undang-undang,” kata notis.

Namun sumber rapat dengan kerajaan Ningxia berkata, selepas beberapa hari rundingan antara pihak berkuasa dan pemimpin agama, dipersetujui pada pagi semalam, kerajaan tidak akan merobohkan masjid namun menanggalkan lapan kubahnya.

Pejabat jawatankuasa Parti Tongxin dan kerajaan tempatan gagal dihubungi untuk mengulas selepas beberapa jam ketika bantahan berterusan sehingga lewat malam semalam.

Seorang penduduk Weizhou, yang mana namanya dirahsiakan SCMP berkata, beliau mendengar cadangan alternatif itu namun ramai penduduk Islam tidak mahu melihat kubah dirobohkan.

“Kami kini dalam pertikaian. Orang awam enggan membenarkan kerajaan menyentuh masjid, namun kerajaan enggan beralah,” katanya.

Pembinaan masjid baharu itu selesai tahun lalu. Ia menggantikan struktur terdahulu, dibina menggantikan masjid Weizhou berusia 600 tahun ala China, yang dimusnahkan ketika Revolusi Budaya bersama ribuan kuil lain, gereja dan biara di seluruh negara.

Arahan kerajaan itu mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat Islam Hui, dengan ramai mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak menghalang pembinaan masjid berkenaan, yang mengambil masa dua tahun jika ia tidak mendapat kebenaran diperlukan.

Rakaman video dilihat SCMP menunjukkan kenderaan polis diparkir di dataran itu sementara di masjid, lebih 10 bendera China berkibar ditiup angin.

Dua kain rentang merah juga dipasang pada dinding luar masjid, satu bertulis: “Menyokong Parti Komunis China, mempertahankan penyatuan etnik, melindungi kebebasan beragama.”

Walaupun kehadiran sejumlah besar etnik terbabit, bantahan diadakan secara aman dan akhbar tidak menerima sebarang laporan keganasan sehingga malam semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Ogos 2018 @ 12:27 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.082582 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list