CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3194|Reply: 13

Huawei Nova 3i Akhirnya Dilancarkan, Huawei Kini Di Tangga Ke-2 Global

[Copy link]
Post time 6-8-2018 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Seperti yang dinanti-nantikan Huawei akhirnya melancarkan model terbaharunya Nova 3i di pasaran pada 28 Julai, minggu lepas.


Telefon pintar yang didatangkan dengan kamera 24MP ini meneruskan kejayaan model sebelumnya iaitu Nova 2i.


Segalanya memang mengujakan tentang model Nova 3i kerana selain spesifikasi yang berteknologi tinggi, pengguna juga ditawarkan dengan ganjaran bernilai sehingga RM1,000 untuk setiap pembelian.






Nova 3i dilengkapi dengan 'generasi terkini' bagi skrin FullView bersaiz 6.3 inci. Ia sekaligus memberikan pengalaman luar biasa terutamanya bagi apa jua hiburan menerusi telefon pintar tersebut.


Dalam pada itu, Huawei juga dikhabarkan kini berada di kedudukan kedua di belakang Apple sebagai senarai telefon pintar global bagi suku kedua tahun ini.






Ia merupakan angka yang dikeluarkan International Data Corporation, Selalu minggu lalu.


Bagi info lebih lanjut tentang Nova 3i, boleh klik di SINI.  - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2018 12:40 PM | Show all posts
Semenjak Apple kluorkan Iphone X ni sumer syarikat pengeluar phone tiru design
Hari tu jln2 kat Aeon lalu depan VIVO e eh macam iphone X pastu lalu sebelah kedai Oppo pun sama dalam hati dah takde design sendiri ker.. ni Huawei pulak.. tapi cam minat nak sambau...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
buragazz replied at 6-8-2018 12:40 PM
Semenjak Apple kluorkan Iphone X ni sumer syarikat pengeluar phone tiru design
Hari tu jln2 kat Ae ...

https://www.androidauthority.com/who-owns-the-notch-845086/
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 12:52 PM | Show all posts
wow... lookwise nampak lawa... performance wise nak kena p baca review dulu... tapi so far, fox pakai huawei ni ok... selagi tak rosak fon, takde la nak beli baru...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 12:56 PM | Show all posts
sini ada yang pakai P20 Pro tak? boleh kasi comment sikit?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 01:29 PM | Show all posts
myoujin replied at 6-8-2018 12:49 PM
https://www.androidauthority.com/who-owns-the-notch-845086/

Tq for the info rupanya Essential buat dulu.. meols pun baru tahu ada brand essential..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2018 10:03 AM | Show all posts
iols sejenis tak pernah move on dari dulu hingga kini pakai samsung..lastweek iols dpt phone 3i ni, sbb berkenan dgn j8 (since 9+ mahal sgt). pakai utk kegunaan harian/office. seriously best gila..huawei ni dari segi features dia. and of course la camera. takde la nampak camera tu mcm hipokrit (iols x sure phone mana yg muka terlalu nampak kartun/flawless nau2). laju juga..bateri tahan lama..utk harga n spek mcmni. iols rasa berbaloi sgt!
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk kt utube 3i v xiaomi A2...speedtest A2 menang..camera dua2 lebih kurang..better amik A2, android one & cheaper
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2018 10:21 AM | Show all posts
kecimpret replied at 13-8-2018 10:08 AM
Tgk kt utube 3i v xiaomi A2...speedtest A2 menang..camera dua2 lebih kurang..better amik A2, android ...

Aku skg pakai mia1 abang kpd mia2. Kamera mia1 mmg cantik, bokeh dia pun tak beterabur mcm nova 2i abg kpd nova 3i. Cuma gambar low light nova masih bagus berbanding mia1. Dengarnya mia2 gambar low light pun dah bagus. Satu lagi kalau nak beli mia2 tunggulah sebulan dua, biasanya harga boleh turun RM900. Tapi dengan harga MiA2 RM1200 dengan 128GB, 6Gb Ram.. mmg sangat berbaloilah kalau beli.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 13-8-2018 10:21 AM
Aku skg pakai mia1 abang kpd mia2. Kamera mia1 mmg cantik, bokeh dia pun tak beterabur mcm nova 2i ...

Tu laaa...6gb ram dgn harga gitu mana nak dpt...snapdragon lagikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 04:54 PM | Show all posts
highcastle replied at 13-8-2018 10:21 AM
Aku skg pakai mia1 abang kpd mia2. Kamera mia1 mmg cantik, bokeh dia pun tak beterabur mcm nova 2i ...

Dulu I saja je nak test Android One then I belikanlah my bro Mi A1. Dapat kat dia, dia root then mod kamera Gcam. Pehh, cun gila low-light dia. Terus kawan-kawan dia semua dok  pakat beli jugak. Katanya os simple, laju, kamera best, bateri tahan.

Now dia ingat nak amik Mi A2, tapi I suruh fikir dua kali sebab Mi A2 cons dia tak ada earphone jack, no card slot (internal memory). Itu takde hal sangat sebab dia pakai wireless headphone & tak kisah pasal memori asalkan ram okay. Tapi bateri tu lah, ingat lagi bertambah tapi slightly kurang pulak dari Mi A1. Padahal saiz display & screen-to-body ratio dia lagi besar.

Tapi....lepas baca user review. Penggunaan bateri dia actually lebih kurang je dengan Mi A1. Terus suruh dia sambar cepat-cepat sebelum ada SST ni kan. Mi A1 dia I nak


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 05:30 PM | Show all posts
cik_sssara replied at 13-8-2018 04:54 PM
Dulu I saja je nak test Android One then I belikanlah my bro Mi A1. Dapat kat dia, dia root then m ...

Saya tak cuba lagi Gcam. Sebenarnya tak payah root pun boleh install gcam kat MiA1. Ha'ah baru saya nak kata MiA2 xde earphone jack. Cuma saya tak sure MiA2 camera boleh buat long exposure atau tidak sbb MiA1 mmg tak boleh paling lama pun cuma 1/15sc, itu antara kelemahannya mia1. Mia1 kalau charge beteri mmg laju giler.

Saya sebenarnya tgk dlm dilema nak amik mia2, nova 3i atau tunggu dulu kalau ada yg lebih baik........... Tapi tgk review kata nova 2i ngan nova 3i lebih kurang je.

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 06:15 PM | Show all posts
technically mmg x pandai...tp mmg nak carik yg camera ok
tp baru je smlm dok usha 3i
pls eh update mana lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 05:41 PM | Show all posts
highcastle replied at 13-8-2018 05:30 PM
Saya tak cuba lagi Gcam. Sebenarnya tak payah root pun boleh install gcam kat MiA1. Ha'ah baru say ...

Kalau you kaki selfie amik jela nova 3i tu. Sebab kamera depan A2 cam kurang sikit. Bateri pun cun. As for me still prefer A2. Laju, simple, murah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.085810 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list