CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2913|Reply: 13

Senang Budak-Budak Sekarang. Ada Masalah Tag Je Menteri, Terus Viral

[Copy link]
Post time 3-8-2018 10:46 AM | Show all posts |Read mode









Kerajaan baharu di era baharu memungkinkan segala-galanya.


Di Twitter, kita boleh memetik nama sesiapa sahaja tanpa rasa segan, malu atau bersalah.
Jika untung sabut, 'post' tersebut akan tular hingga mendapat perhatian pihak yang berkenaan.
Namun ia secara tidak langsung sebenarnya kurang adil terhadap pihak lain yang tidak tular masalahnya.


Ia bermula dengan Tweet daripada pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang mendapat keputusan cemerlang, tetapi tidak mendapat tempat di mana-mana Universiti Tempatan. Pelajar tersebut menulisnya di Twitter hingga mendapat banyak Retweet dan akhir sekali mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.








Ada beberapa perbahasan di sini, iaitu antara anak muda yang merasakan Twitter adalah tempat terbaik mengutarakan masalah hingga mendapat perhatian daripada Menteri sendiri. Manakala golongan yang tidak bersetuju pula, (biasanya orang lama) merasakan ianya tidak wajar, sebaliknya perlu menggunakan prosedur yang betul.




Kredit foto: Twitter








Kredit foto: Carian Internet





"Siapa tak viral, tak dapat perhatian."






"Bodohlah kalau tak guna kereta sebab kasihan dengan orang jalan kaki!"





Kredit foto: Carian Internet






Ya! media sosial dan polisi kerajaan baharu yang mesra rakyat memudahkan siapa sahaja bebas bersuara.

Namun ibarat hanya 'post' tertentu sahaja yang tular boleh menyebabkan isu lain yang lebih penting akan terpinggir serta dilupakan.


Jadi, tenang anak muda dan rileks lah orang lama, masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Sebab itulah pentingnya 'check and balance'. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2018 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Da rezeki budak tu biarlah yg lain dengki tu apahal.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia Baru ...Method pun baru la.....takkan nak samakan dgn parti pasca merdeka tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemerintahan lama terlalu pertahankan protokol dan sop or saluran rasmi dll ....akhirnya wujud jurang antara rakyat ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 11:21 AM | Show all posts
alah... kalau benda yang macam ni.. okla.. selayaknya la diberi perhatian dek menteri. And aku yakin.. melambak2 tweet yang tag menteri2 ni dalam sehari.. tapi kenapa yang ni yang diberi perhatian? Sebab she deserves it la. Lainla klau dia merempan beriya.. tapi result so so.. takdenya bro saddiq nak sibuk kesah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 11:50 AM | Show all posts
yang penting tengoklah gaya penulisan budak tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2018 02:13 PM | Show all posts
entah2 tak dapat tawaran sebab tak mohon. ingat keluar result exam terus dapat tawaran sambung belajar ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 02:55 PM | Show all posts
everything sekarang kene guna otak..bertindak..usaha.. bukan tggu takdir.. so this girl usaha dia to tweet the minister utk take note.. aku rasa org dudok pedalaman pun semua ada social media.. so..gunakan sebaik nya..bkn guna utk bnda xde faedah..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2018 04:45 PM | Show all posts
UPU boleh tutup kedai...semua bdk2 nak apply uni boleh apply guna twitter
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rs ok je. Twit bdk ni dpt perhatian, so mgkin dia akn dihubungi oleh jabatan berkaitan. So jbtn berkaitan akn bt semakan knp permohonan dia x berjaya. Kot isi form x betul ke, tak cukup supporting ke... Dn bila jd cmni, takde jaminan pn bdk tu tros ditawarkan ke pusat pengajian (ke dh ditawarkan?aku tak tau ni). Klau ade kesilapan dr pihak bdk tu sndiri dlm application form, so pihak berkenaan tak akn sewenang wenangnya tawarkan tmpt utk bdk tu jgk....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 07:46 PM | Show all posts
apa nak heran Trump nak isytihar  perang nti pun pakai twitter je.. xyah panggil duta tarik duta... pergi UN
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2018 12:56 AM | Show all posts
sebab dia cina cuba kalau Melayu, takder nya nak di layan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2018 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg ye ramai cina ni berangan dia ingat dia sorang je skor. zaman adik akak kalau budak melayu tu satu kelas dah berbelas2 bijak pandai 8A 9A SPM. dah la aktif koko la sukan debate team kaki bodek cikgu. dari belas2 tu yg masuk u pun brp kerat je. ada yg 10A spm masuk poli.

tp.bg akak kalau keluarga sederhana tu tak kira la bangsa apa pun kalau score tolongla bagi peluang. anak org kaya anytime je bapak boleh bayarkan sunway ke taylor's ke.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2018 11:18 PM | Show all posts
betul ke cerita budak ni debater tapi tak perform masa interview?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.384763 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list