CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1312|Reply: 1

[Tempatan] Dua didakwa cuba culik murid, diburu

[Copy link]
Post time 27-7-2018 10:23 AM | Show all posts |Read mode



DI SINI: Bilik mandi asrama sekolah terbabit yang dikatakan lokasi mangsa diseret suspek.

Polis giat menjejaki dua individu yang didakwa cuba menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari bilik mandi asrama sekolah Kebangsaan (SK) Suri, Debak Betong.

“Kami berusaha mengesan suspek yang dikatakan terdiri daripada dua individu dipercayai melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) berwarna putih,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar jam 9 malam Rabu lepas ketika murid tahun lima terbabit bersama beberapa rakannya berada di bilik mandi apabila dia ditarik dan diseret oleh seorang individu bertopeng serta bersenjatakan parang.

“Mujur kanak-kanak terbabit berjaya melepaskan diri, di mana berlaku pergelutan di antara mereka sebelum suspek melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya lagi.

Tambahnya, suspek dipercayai memasuki kawasan itu dari bahagian belakang asrama sekolah berkenaan.

“Kawasan sekolah terutama di bahagian belakang asrama tersebut adalah gelap dan tiada lampu jalan,” jelasnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Stephen Lamkop berkata, ibu bapa serta kakitangan sekolah bermalam di asrama sekolah berkenaan bersama murid bermula malam kelmarin.

“Selain itu, pihak sekolah turut membenarkan ibu bapa yang memohon untuk membawa balik anak-anak mereka pulang ke rumah masing-masing sementara siasatan polis berhubung kes dijalankan.

“Selain melakukan rondaan di sekitar kawasan sekolah, pihak sekolah turut mengubah kedudukan kamera litar tertutup (CCTV),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2018 12:04 PM | Show all posts
what the heckk u want to kidnap that child..kes nk wang sejuta ke pemerdagangan manusia ni??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.085238 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list