Pastinya ini berita gembira buat peminat drama bersiri Nur yang menjadi fenomena Ramadan lalu. Pengarahnya Shahrulezad Mohamed menerusi laman Instagramnya mengesahkan akan ada sekuel drama Nur setelah kejayaannya yang luar biasa menambat hati rakyat Malaysia.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: IG Budakijat
Dengan menyebut nama-nama pelakon asal, ia sudah menjelaskan ramai yang akan membuat kemunculan kembali. Malahan pelakon yang memegang watak Ustaz Adam juga turut menulisnya di Twitter.
Menurut Shahrulezad lagi, memang pada mulanya dia tidak mahu menyambung mana-mana hasil karyanya kerana berprinsip biar ia eksklusif biarpun mendapat rating tinggi.
Namun setelah membuat perbincangan, impian peminat untuk menyaksikan sekali lagi kesudahan drama ini akan tertunai akhirnya.
Kredit foto: Carian Internet
Dengan pengakhiran ceritanya yang tergantung, ia membuatkan ramai yang tidak sabar untuk mengetahui kesudahannya.
Bagaimanapun, diharapkan peminat drama Nur tidak meletakkan harapan yang menggunung kerana sekuel pastinya tidak akan sama dengan penghasilan karya yang pertama. Jadi Radius One perlu buktikan jalan ceritanya lebih hebat dari yang pertama. Nantikan di kaca tv anda. - CARI |