CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7570|Reply: 61

[Tempatan] Kelibat misteri di Parlimen gemparkan netizen

[Copy link]
Post time 18-7-2018 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tanakkampung1x at 18-7-2018 07:46 AM

http://www.mstar.com.my/berita/b ... /17/kelibat-misteri

PETALING JAYA: Hari kedua persidangan Parlimen mendapat perhatian Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa apabila memuat naik foto majlis angkat sumpah senator menerusi laman Twitter miliknya.

Namun, foto berkenaan menimbulkan persoalan apabila netizen rata-rata menumpukan kepada kelibat individu misteri.

Selepas netizen berteka-teki dan memberi komen, akhirnya pegawai media KSN tampil mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung perkara itu.

Terjawab persoalan netizen apabila disahkan individu tersebut adalah tetamu kepada P. Waytha Moorthy, pengerusi Hindraf yang dilantik sebagai senator dan hadir pada majlis angkat sumpah yang berlangsung di Bangunan Parlimen, pagi Selasa.

Ia sekaligus menghapuskan tanggapan netizen yang menyangka ia merupakan entiti misteri yang secara tidak sengaja dirakam menerusi foto berkenaan.





Tetamu Senator P. Waytha Moorthy yang disangka sebagai kelibat misteri di Parlimen.

Menerusi tweet itu, Ali Hamsa mengucapakan tahniah kepada senator yang baru mengangkat sumpah.

Namun, foto yang mengiringi tweet tersebut mula menjadi perdebatan netizen yang meminta penjelasan mengenai identiti individu berkenaan.

"Mohon penjelasan Tan Sri siapakah atau apakah yang terdapat dalam gambar tersebut," tulis @NormIntel.

"Gambar pertama dan kedua tu macam ada sesuatu yang tak kena," tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Sehingga kini posting berkenaan mendapat 152 ulang kicau (Retweet) dan menerima 178 tanda suka.

Namun, terdapat beberapa pengguna turut mencelah bagi memperjelaskan situasi sebenar foto tersebut setelah ia mula dipersoalkan netizen.


Foto dari Twitter Ali Hamsa yang menimbulkan perdebatan netizen sejak ia dimuat naik pada petang Selasa.

"Itu adalah tetamu YB Senator. Kedudukan tu memang ada dua kerusi kat situ, angle jurugambar membuatkan seperti dua orang duduk atas satu kerusi," tulis @EnchekBaien.

"Bukan penampakan lah, dia memang manusia. I served him tadi," tulis seorang individu yang dipercayai petugas Parlimen.

Dalam sidang yang berlangsung di Dewan Parlimen pada pagi Selasa, Waytha Moorthy bersama tujuh lagi individu mengangkat sumpah sebagai senator atas lantikan Yang di-Pertuan Agong.

Kesemua mereka dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... 7pK8IY30DGIekmH4.99
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2018 07:47 AM | Show all posts
Kesian uncle/sami ni. Tak pasal2 kena viral semalam
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 07:50 AM | Show all posts
mula2 tengok aku pun ingtkan makhluk misteri
alahaiii..rupa2 nya...tok sami..
tp kalau jumpa mlm2 mcm tu pengsan dulu  x sempat nak lari..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 07:57 AM | Show all posts
Edited by jazaa100 at 18-7-2018 07:58 AM

klu tak di terangkan, mesti melalut lalut tuduh tu jin KakRos tak puashati............
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
tanakkampung1x replied at 18-7-2018 07:47 AM
Kesian uncle/sami ni. Tak pasal2 kena viral semalam

Kau kesian kau bawa dia balik Sarawak...bagi tanah adat korang kat dia

Sembang je kencang ko ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha..mcm insan tersisih aje

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2018 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 18-7-2018 07:59 AM
Kau kesian kau bawa dia balik Sarawak...bagi tanah adat korang kat dia

Sembang je kencang ...

Kih kih kih .  Lawak hang ni.. aku pun terkojot.. hitam..nmpk 3 line jah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 08:09 AM | Show all posts
Memang style dia mendatangkan fitnah. Anyway jangan jalan memalam macam tu, bahaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2018 08:12 AM | Show all posts
nobito replied at 18-7-2018 07:59 AM
Kau kesian kau bawa dia balik Sarawak...bagi tanah adat korang kat dia

Sembang je kencang ...

Sorry, dia pendatang jer tak layak dapat tanah adat
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 08:32 AM | Show all posts
hahaha baru je nak membawang ckp bwk antu raya skali td..wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 08:34 AM | Show all posts
tapi apa fungsi kehadirannya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2018 08:36 AM | Show all posts
Edited by tanakkampung1x at 18-7-2018 08:37 AM
EvieWanKenobi replied at 18-7-2018 08:34 AM
tapi apa fungsi kehadirannya?

Semasa majlis angkat sumpah semua ahli parlimen boleh bawa 2 jemputan. So bawalah anli keluarga, penyokong parti, spiritual leader etc etc. Hanya untuk majlis angkat sumpah sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 08:37 AM | Show all posts
tanakkampung1x replied at 18-7-2018 08:36 AM
Semasa majlis angkat sumpah semua ahli parlimen boleh bawa 2 jemputan.

oo.. okay.. good info..
baru hari ni iols tau..

tq tt..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 08:40 AM | Show all posts
bukan ke kalau nak masuk parlimen kena ada etika berpakaian ke, selebet jer tgk.....maybe atas kapisiti tok sami dia blh lepas.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
jofizo replied at 18-7-2018 08:40 AM
bukan ke kalau nak masuk parlimen kena ada etika berpakaian ke, selebet jer tgk.....maybe atas kapis ...

Kan. Ada sekali tu, Ganja tak dibenarkan masuk hanya kerana Ganja pakai running shoes. Dah la nak masuk atas urusan kerja, sekali tak boleh masuk. Kau ghase? Nasib la boss Ganja tak bising time tu. lepas-lepas tu baru insof bawak formal shoes siap-siap kalau ke parlimen. Motif Ganja cerita semuanya? Lol
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian dianggap penampakan misteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2018 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
tiga line level Ayahanda kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 09:11 AM | Show all posts
bangsa nyembah jin ni memenag rupa pun mcm jin ..seram dan suram

kalau aku pun takut..iyeke manusia betul tu..aku tetngok mcm penampakan paranormal entiti gitu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde gmbar closed up ke? Aiyo tgok dlm gambar mmg scary pn
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 09:31 AM | Show all posts
dah kenapa kelibat tu meols tgk mcm cerita conjuring lah plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.078031 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list