CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2428|Reply: 0

Maritim Malaysia rancang gandakan kekuatan

[Copy link]
Post time 17-7-2018 04:59 PM | Show all posts |Read mode
                     

KUALA TERENGGANU 17 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sedang menggandakan kekuatan bagi mengekang pencerobohan nelayan asing yang berterusan dengan turut  merancang menempah tiga ‘mothership’ (kapal induk) dan empat buah pesawat.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, kapal induk yang setiap sebuah berharga antara RM250 juta hingga RM300 juta, dan berkeupayaan memuatkan enam buah bot, membolehkannya berada lebih lama di laut.

“Kita turut merancang menambahkan aset udara termasuk dua pesawat dauphine (helikopter) dan dua buah Bombardier (kapal terbang) bagi meningkatkan lagi keberkesanan  operasi penguatkuasaan mengekang pencerobohan terutama di perairan pantai timur.

“Pembelian aset baharu telah dilakukan terdiri daripada tiga buah kapal peronda luar pantai (OPV) berharga RM740 juta serta enam buah kapal ronda generasi baharu (NGPC) berharga RM240 juta,”ujarnya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar mengenai tangkapan bot nelayan asing dan isu pencerobohan nelayan asing di Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkarnain Mohd. Omar dan Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli.

Beliau menjelaskan tiga NGPC telah diterima dan baki tiga buah lagi dijangka siap tahun ini manakala tiga buah OPV pula menjelang tahun 2020.
Zulkifli berharap agensi-agensi  lain yang berkaitan terutama Jabatan Perikanan dan Jabatan Laut untuk sama-sama meningkatkan penguatkuasaan dalam kawasan laut yang cukup luas itu.

“Kita yakin kekangan dalam menghadapi pencerobohan nelayan asing di perairan negara dapat diatasi dengan adanya kerjasama padu daripada Jabatan Perikanan dan Jabatan Laut,” katanya. - UTUSAN ONLINE
        
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/maritim-malaysia-rancang-gandakan-kekuatan-1.710760#ixzz5LV6EpDcD
©  Utusan Melayu (M) Bhd


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.053306 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list