CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-LTS

Hantar Anak Ke Sekolah Aliran Cina, Ketua Pemuda UMNO Dipersoal

  [Copy link]
Post time 13-7-2018 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
M.Rose replied at 13-7-2018 03:19 PM
Hipokrit
Melyu sanasini
Ckp x serupa bikin

Kesian penyokong umno kena tipu dengan pemimpin mereka. ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang marah dengan usaha mengiktiraf UEC walaupun tidak tahu apa-apa tentang UEC. Ada antara mereka yang tidak tahu pun nama penuh singkatan UEC itu. Malah, ada yang menyangka huruf C dalam UEC adalah untuk bahasa Cina atau orang Cina.

Sebenarnya anggapan itu salah. Izinkan saya menjelaskan hal yang sebenarnya. UEC adalah singkatan nama kepada Unified Examination Certificate. Saya sendiri merupakan seorang bekas pelajar yang mengambil peperiksaan UEC.

Pelajar-pelajar cemerlang yang memiliki UEC peringkat tinggi diterima masuk untuk program ijazah Sarjana Muda di banyak universiti terkemuka antarabangsa.  Antara universiti yang menerima UEC sebagai kelayakan asas adalah Oxford University, University of Cambridge, Australian National University, Kyoto University, California Institute of Technology, dan Peking University.

Bagaimanapun, di Malaysia, UEC belum diiktiraf untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Menyedari pentingnya pengiktrifan UEC, pada pilihanraya umum ke-14 yang lalu, Pakatan Harapan berjanji untuk mengiktiraf UEC jika diberi mandat menjadi kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 04:47 PM | Show all posts
SJKC DAN UEC DUA ISU BERBEZA*

Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan peribadi bila ada yang mempersoalkan kenapa saya menghantar anak saya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sedangkan saya mempunyai pendirian berbeza terhadap Unified Examination Certificate (UEC) atau Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah Sekolah Menengah Persendirian Cina. Dua perkara ini jelasnya mempunyai latar belakang ISU yang berbeza :-

1. SKJC dinaungi oleh Sistem Pendidikan Kebangsaan dan seiring dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang tertakluk kepada Akta Pendidikan Kebangsaan 1996. Pelajar SJKC masih menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama iaitu UPSR dengan tambahan 2 kertas iaitu Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan.

2. Sebaliknya UEC merupakan peperiksaan yang diambil oleh pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang berada di luar Sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sijil UEC ini dibahagikan kepada tiga tahap yang mana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin dan sukatan pembelajarannya dicedok daripada Taiwan dan diselia oleh badan pendidikan tersendiri yang jelasnya tidak selaras dengan Kurikulum Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

3. Apa salahnya untuk menggunapakai sijil peperiksaan yang sedia ada terutamanya SPM di peringkat Menengah dan sebagaimana yang diamalkan di peringkat SJKC yang menggunakan sijil UPSR. Mengiktiraf UEC bermakna negara akan mempunyai dua sistem peperiksaan dan penilaian yang akhirnya menggagalkan usaha integrasi nasional dalam membangunkan generasi Bangsa Malaysia yang menyatu di atas nilai, falsafah pendidikan dan bahasa yang sama.

4. Memilih SJKC untuk anak sendiri membuktikan saya bukan seorang yang rasis perkauman. Hasrat saya untuk mendedahkan anak saya agar mampu bergaul mesra dengan pelajar berbangsa Cina di SJKC yang masih berpaksikan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Saya merindui zaman persekolahan saya dulu dengan rakan-rakan Cina dan India yang berjaya menyuburkan rasa hormat dan kasih sayang antara kami sehingga kini. Saya juga mengharapkan anak saya dapat melalui hari-hari persekolahan yang menggembirakan bersama rakan-rakannya dari pelbagai kaum dengan menerapkan perasaan saling memahami, menghormati, menyayangi dan bantu membantu antara satu sama lain dalam dirinya.

5. Saya percaya aspirasi saya turut dikongsi oleh rakyat Malaysia yang amat mendambakan kehidupan penuh harmoni dan semangat perpaduan di kalangan pelbagai bangsa dalam satu negara. Ini hanya dapat direalisasikan dengan membentuk jati diri, peribadi dan perilaku anak-anak di bawah hanya SATU Sistem Pendidikan Kebangsaan yang sama.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
12 JULAI 2018
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 13-7-2018 02:52 PM
sjkc mmg ikut silibus kebangsaan
tapi smpc (sekolah menengah persendirian cina) mmg x ikut silibus  ...

Tambahan tentang smjkc

Ia bukan saja silibus ikut sukatan pelajaran malaysia, malah setiap subjek diajar pun dlm BM kecuali english dan bhs mandarin. Bhs penghantar dikatakan ialah BC hanya pasal setiap event rasmi, rukun sekolah, lagu sekolah adalah dln mandarin, itu jer.

Tapi, tetap ada org yg diperbodohkan oleh UMNO selama ni utk serang SJK ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 13-7-2018 02:52 PM
sjkc mmg ikut silibus kebangsaan
tapi smpc (sekolah menengah persendirian cina) mmg x ikut silibus  ...

Sjkc bukan sekolah rendah ke sis manakala smjkc sekolah menengah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Alais replied at 13-7-2018 02:10 PM
agamawan pun tak hantar anak ke tahfiz

maknanya tahfiz untuk anak siapa ?

Dia dah agamawan.....
Blh didik anak dalam agama....
Tahfiz tu utk org yg tak brp pandai agama....hantar situ bg pandai agama....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2018 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 13-7-2018 04:55 PM
Sjkc bukan sekolah rendah ke sis manakala smjkc sekolah menengah?

Yes, SJK sebenarnya ada 2 peringkat juga.

Dulu peringkat rendah dipanggil SRJKC, dan peringkat menengah dipanggil SMJKC

Sekarang, ramai kenal peringkat rendag SJKC dan tak tau wujudnya SMJKC
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 13-7-2018 02:26 PM
Apa standard dpt credit, distinction la...kalau setakat credit nak sembang pun pelat, at least sta ...

Biar saya memberitahu ko, standard BM utk SK paling rendah, pass pun tak dapat. Low class sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
budakshinchan replied at 13-7-2018 02:45 PM
"Selain itu, beliau turut menjelaskan hasratnya menghantar anak ke SJKC adalah untuk mendedahkan ana ...

SJKC lebih integrasikan kaum berbanding dgn SK.

Itulah pasal u hanya nampak kes melayu bully kaum minoriti di SK
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 05:15 PM | Show all posts
sjkc dan smjkc ni half gomenla kiranya sebab banyak je dapat bantuan dari kerajaan (KPM). gaji cikgu pun KPM bayar. sebab tu kalo sjkc tambah kelas..KPM komplen sebab banyak plak nak tambah peruntukan bagi kat sjkc bila tambah kelas tambah guru
tapi biasalah cinapek ni seme komplen diorg  dianaktirikan dari kerajaan hahahahaha


basically aku ok dengan SJKC SMJKC tapi aku TAK SETUJU dengan SMPC. MELAMPAU! diorg dapat tax exemption la bagai. walhal sekolah private. apa hal kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 05:18 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 13-7-2018 04:55 PM
Sjkc bukan sekolah rendah ke sis manakala smjkc sekolah menengah?

ya, sjkc for primary smjkc for secondary

tapi sekarang ni smpc sedang camouflage dirinya supaya kelihatan seperti smjkc
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 05:20 PM | Show all posts
nak sama taraffkan smpc ok, samatarafkan dia dengan sekolah2 tahfiz seluruh negara.

tapi yang aku pelik tu kenapa budak smpc ni susah sangat nak ambik spm?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 05:25 PM | Show all posts
pulauturtle replied at 13-7-2018 05:12 PM
SJKC lebih integrasikan kaum berbanding dgn SK.

Itulah pasal u hanya nampak kes melayu bully ka ...

apa kata arusperdanakan saja sjkc dan smjkc tu
namakan semua sjkc dan smjkc tu dengan perkataan sk dan smk. wajibkan semua murid ambil bm, bc, bt dan bi (bahasa melayu, bahasa cina, bahasa tamil dan bahasa inggeris)biar anak2 malaysia pandai semua bahasa2 ni. untuk islam, tambah lagi bahasa arab. arab takla susah mana, aku pun belajar arab kat sekolah. senang je.
cara ni, anak2 kita semua dapat diintegrasikan sejak sekolah.

biar smpc tu setaraf dengan sekolah tahfiz or sekolah international. diorg kan private entity. let them be. jangan bangkitkan pasal UEC. who the hell have this UEC cert? how many percent have it, out of malaysia total population? who cares about UEC?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-7-2018 04:25 PM
Peralihan biasanya bm fail...
Kalau lulus palijg koman c kot..boleh terus ke tingkatan 1

Oh okay...
Ingatkan wajib masuk peralihan.
Thanks for d info
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 13-7-2018 07:19 PM
Oh okay...
Ingatkan wajib masuk peralihan.
Thanks for d info

Sama sama
Iols.tau pon sebab masa.form 1.kelas.iols ramai budak.sjkc..
Bersaing kaw.kaw.dgn depa neh
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alais replied at 13-7-2018 02:10 PM
agamawan pun tak hantar anak ke tahfiz

maknanya tahfiz untuk anak siapa ?

Rasanya ketua2 PAS pon tak hantar anak2 ke tahfiz. Ha hha ha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 08:40 PM | Show all posts
Alais replied at 13-7-2018 02:10 PM
agamawan pun tak hantar anak ke tahfiz

maknanya tahfiz untuk anak siapa ?

tahfiz utk budak budak yang nak belajar dalam aliran tahfiz
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 13-7-2018 05:25 PM
apa kata arusperdanakan saja sjkc dan smjkc tu
namakan semua sjkc dan smjkc tu dengan perkataan s ...

Bahasa pengantar di sekolah vernakular guna bahasa ibunda dalam semua subjek kecuali bi bm, kalau sjkc bahasa cina sjkt tamil. Sk guna BM kat situ bezanya kalau nak arus perdanakan ade banyak benda nak kena ubah. Lagipun aras BM dan BI di sjk lebih rendah dari sk
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pulauturtle at 13-7-2018 09:26 PM
sofiazara replied at 13-7-2018 05:15 PM
sjkc dan smjkc ni half gomenla kiranya sebab banyak je dapat bantuan dari kerajaan (KPM). gaji cikgu ...


Saya tak begitu setuju sgt dgn semua pendapat saudari.
Sudahpun sekolah persendirian cina ni tak pakai dana negara dlm kesemua urusan sekolah mereka, akan tetapi, pelajar2 dlm sekolah tu boleh dikatakan almost all ialah malaysian, ada cina melayu india dll, tak kira bangsa pun. Since mereka ialah malaysian, mereka ada hak utk memilih pelajaran mereka jika mereka ada kemampuan dlm pelajaran.
Ia berbeza dgn international school walaupun international school juga sekolah swasta, tapi pelajar2 majoriti bukanlah warga negara, jadi kerajaan tak ada tanggungjawab utk jaga mereka.

Jadi, adalah tak melampau memandangkan sepanjang masa mereka tanggung duit pelajaran sendiri sampai tahap kemasukan uni barulah mereka nak minta alternative tambahan utk memohon masuk belajar di universiti tempatan. dan utk membuat sedemikian, mereka perlu dpt kredit utk BM dlm SPM juga seperti budak2 SK dan SJK, so is very fair.

Jgn lupa independance school juga memhasilkan ramai pelajar yg berbakat utk bakti kpd malaysia, mereka tak minta negara biayai yuran pelajaran drp negara sepanjang ~12 tahun sampai sekolah menengah, apa yg mereka minta hanyalah alternatif utk melanjutkan pelajaran di uni tempatan dan kerja kerajaan JIKALAU mereka juga memenuhi syarat BM dapat kredit dlm SPM.

Mereka adalah malaysian, not foreigner like those in international school. Patutnya kerajaan berterima kasih kpd mereka sanggup menanggung pembiayaan pelajaran anak sendiri selama ni dan bakat2 mereka bakal menyumbang kpd negara.

Mcm mana pula kita pandang permintaan kecil ni sebagai "melampau"?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 13-7-2018 08:52 PM
Bahasa pengantar di sekolah vernakular guna bahasa ibunda dalam semua subjek kecuali bi bm, kalau  ...

Hanya separuh betul.

Smjkc pakai BM dlm semua subjek kecuali BC dan Bi mcm SK juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.217348 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list