CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26079|Reply: 168

Apa Guna Belajar Sampai Doktor Falsafah? Peminat Pertahankan Fattah Amin

[Copy link]
Post time 12-7-2018 12:45 PM | Show all posts |Read mode




Eh, perlu ke artis belajar sampai peringkat doktor falsafah? Inilah kata-kata yang akan dilontarkan oleh mereka yang masih gagal berpandangan jauh.


Sebenarnya, sesiapa sahaja termasuk suri rumah wajib menuntut ilmu kerana ilmu itu sangat luas. Tambahan pula dalam usia muda dan minda masih cerdas, mungkin juga ilmu yang diperolehi boleh dicurahkan kepada orang lain kelak.


Ambil sedikit semangat daripada Bintang Paling Popular 2017 yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda. Biarpun telah merangkul pelbagai anugerah, membawa banyak watak utama, menjadi jurucakap produk dan menghasilkan album, Fattah Amin masih belum puas dengan pencapaian dimiliknya. Kini, tanda pagar #roadtophd pula menjadi perbualan ramai.  




  



Foto dengan kapsyen tanda pagar itu membuat segelintir netizen kurang menyokong keputusan Fattah menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.


Menurut mereka, Fattah dikatakan hanya mahu berbangga dengan pencapaian yang bagi mereka tidak memberikan faedah kepadanya sebagai seorang artis. Malah, Doktor Falsafah yang ingin dicapai Fattah juga dikatakan meragukan.  









Foto: IG Fattah Amin




Namun, mujur komen nakal itu segera ditangkas netizen lain yang menjadikan Fattah Amin sebagai sumber inspirasi. Rata-rata menyokong dan memberi pujian kepada Fattah kerana dengan populariti dan kesibukan kerjaya sebagai anak seni, dia masih mencari peluang dan masa untuk melanjutkan pelajaran.


Selepas ini, mungkin lebih ramai artis yang akan mengikut jejak langkah Fattah kerana zaman semakin bergerak pantas, menjadi seorang artis tidak seharusnya hanya berlandaskan rupa semata-mata. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 12:55 PM | Show all posts
bodohnya yg mempersoalkan knpa dia amik phd...?mcm mana nak maju....oh melayu....melayu..
yg dibanggakan artis yg dapat 10a spm memanjang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Skurang2 nya adalah attend kelas
Xdelah tiba2 naik pentas berbelon hari jadi jerrrr

Nak sambung belajar pun bising

Yang bising tu group 10A keeeee
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 01:29 PM | Show all posts
ira_229 replied at 12-7-2018 04:55 AM
bodohnya yg mempersoalkan knpa dia amik phd...?mcm mana nak maju....oh melayu....melayu..
yg dibang ...

ye la.. bangga sangat ke dengan PHD Boy Iman belon? PHD ikat tepi Azizan Osman? PHD beli DSV?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 01:31 PM | Show all posts
yang pertikaikan tu agaknya memang dah selesa dgn ilmu takat tekak je kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 01:35 PM | Show all posts
Malah, Doktor Falsafah yang ingin dicapai Fattah juga dikatakan meragukan.  


Apa yang diragui tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2018 01:44 PM | Show all posts
bagus la dia sambung study.. dia kan ade bisnes at least takde la org boleh tipu dia bulat2...
ni perancangan masa depan dia.. bukan dia study suh korg  g attend kelas dia...
kang dah tua2 masuk paper mintak dana korg kutuk gak... bingai
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak plak...amik PHD kena kecam.....10A dijulang2 sampai bang jamil kiok! Lantak dia laaa nak belajar sampai mana pun....pakai duit dia....kalau pun PHD tu tak berguna sangat.....berilmu lebih baik dr dungu! Takpe...group 10A kate tetap bole kaya raya....kaya kontroversi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Karat kayu ni kalau Tak perli org  satu boleh mampos kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:02 PM | Show all posts
ira_229 replied at 12-7-2018 12:55 PM
bodohnya yg mempersoalkan knpa dia amik phd...?mcm mana nak maju....oh melayu....melayu..
yg dibang ...

pergh! padu sgt ni kaka kasik
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:04 PM | Show all posts
bambimbom replied at 12-7-2018 01:44 PM
bagus la dia sambung study.. dia kan ade bisnes at least takde la org boleh tipu dia bulat2...
ni p ...

kalau artis tu ujung2 hidup meminta simpati netizen, stat lah netizen bising kata zmn muda xnak kerja/belajo sesgguh. adoi. mental gak dok msia ni kan chuols? hahaha! ujung2 semua salah. entah sape yg betul entah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:05 PM | Show all posts
lerrr suka hati dia la nak belajar sampai tertonggeng pon

netizen pon kalau nak mengumpat boleh tak cari isu yang legit skit kot ye pon. ini nak menambah dosa tapi topic tak berbaloi langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:29 PM | Show all posts
Dah2 la tu diknon nak bash bamtah ni haa.. At least dia ada vision untuk improve dia punya personal goal. Phd ke tak ke. Ikotla diaa.. bukan dia mintak duit korg byr yuran dia pun.. plus, klau setakat 10 A tpi itu je dok canang sana sini sana sini tp takdak mende, nak buat cmnoooo...

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:33 PM | Show all posts
go bam patah go
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:35 PM | Show all posts
lumrah basher
semua xkene
dia sorg je btol

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara artis yg x lut dgn kecaman. Xde tanda depressi pun. Fattah ni bukan jenis yg suka respond/meroyan against bad comment. Rilek jer dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
All the best fatah.rasanya dia buat pjj ni..dr tahun 2016 lg dia attend kelas.tahun dpn grad mungkin..kalau result bagus dia nk road phd pula.ok la kan..ada wawasan nak timba ilmu di peringkat tertinggi walaupun skrg dh bergelar suami.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
jika fattah register phd kelak, sila maklom dlm forem ni ok.

kakak nak join register jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:53 PM | Show all posts
baguslah bamtah sambung belajar... dia pun acting so so jek... utk masa depan lupakanlah acting.. buatlah bisnes..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis indonesia kalau lanjut belajar netizen semua bangga. Artis malaysia lanjut berlajar ada aje yang meroyan. What mentality ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.236834 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list