View: 5920|Reply: 9
|
Indahnya Kolam Monet Di Jepun, Bagaikan Lukisan Karya Pelukis Terkenal
[Copy link]
|
|
Anda ada perancangan untuk melawat negara matahari terbit, Jepun? Bandar-bandar besar di Jepun seperti Tokyo, Osaka dan Kobe sememangnya sungguh mengujakan untuk diteroka.
Foto:soranews24.com
Foto:soranews24.com
Namun sekali sekala anda perlu ke destinasi yang lebih tenang dan aman seperti Kolam Monet ini.
Terletak di bandar Seki, bandar ini dikelilingi pergunungan dan terdapat banyak kuil Shinto di sini.
Foto:soranews24.com
Salah satu daripadanya ialah Kuil Nemichi. Ia nampak seperti kuil-kuil bercirikan kayu yang biasa terdapat di Jepun, namun menariknya terdapat sebuah kolam yang terletak berdekatan dan pemandangannya mirip milik artis terkenal Claude Monet.
Foto:soranews24.com
Sebenarnya ia masih tidak mempunyai nama rasmi dan digelar kolam Monet kerana mirip hasil seni artis itu daripada siri Water Lilies.
Sesiapa sahaja yang mengunjungi pasti kagum akan kejernihan air yang datang dari gunung berdekatan.
Foto:soranews24.com
Anda bakal melihat ikan koi berenang-renang di antara bunga lili yang menambahkan lagi keindahan kolam ini.
Jika anda minat melukis dan berkesempatan mengunjungi bandar Seki, jangan lupa bawa bersama peralatan melukis kerana kecantikan lokasi ini bakal memberi anda inspirasi!
Foto:soranews24.com
Jom terbang ke Jepun! -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan cakap kolam, longkang depa pon sebersih bersihnya |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Bilalah dapat ke sana |
|
|
|
|
|
|
|
subhanallah
hmm.....................i love this....Monet tapi Japan ya hmmm....bila hyde park nak buat ?
allergic sikit japan ni usissh, |
|
|
|
|
|
|
|
{:run *books ticket to japan....... in my dreams lah tapi |
|
|
|
|
|
|
|
Damai ajer bila tgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|