CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3995|Reply: 28

[Tempatan] Pengotor sungguh!

[Copy link]
Post time 11-7-2018 12:35 PM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Penduduk dalam kalangan warga asing di Jalan Chow Kit dan Bukit Bintang, di sini, dikenal pasti sebagai warga kota paling tidak mengamalkan sivik serta menjaga kebersihan.

Golongan itu didakwa kerap membuang sampah di merata tempat dan sesuka hati, sekali gus memberikan gambaran negatif terutama kepada pelancong asing.

Kebanjiran warga asing di kedua-dua kawasan itu dikatakan menjadi punca utama kepada masalah kebersihan apabila ada yang menjadikan kaki lima dan lorong belakang premis sebagai tempat membuang sampah.

Tinjauan Harian Metro bersama penguat kuasa Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di dua kawasan berkenaan mendapati longgokan sampah boleh dilihat memenuhi kaki lima dan lorong belakang premis perniagaan.

Pemandangan menyakitkan mata di Jalan Chow Kit itu boleh dilihat selepas peniaga di kawasan berkenaan menutup premis masing-masing dan tidak membuang sampah secara teratur menyebabkan persekitarannya kotor.

Keadaan sama turut berlaku di Jalan Bukit Bintang apabila sampah bertaburan manakala lorong di belakang premis dijadikan tempat melonggokkan sampah termasuk sisa makanan.

Ironinya, situasi berkenaan sudah berlarutan sejak lima tahun lalu apabila kawasan berkenaan mula dibanjiri warga asing menyebabkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terpaksa mengambil inisiatif membersihkannya untuk tempoh 24 jam sehari.

LONGGOKAN sampah - sarap di kawasan sekitar Jalan Chow Kit akibat aktiviti perniagaan. FOTO Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Timbalan Pengarah Bahagian Alam Sekitar DBKL Norhayati Mat Said berkata, pihaknya terpaksa meningkatkan kekerapan pungutan sampah kepada 56,000 kali setiap bulan di seluruh bandar raya ini termasuk dua kawasan berkenaan.

Norhayati berkata, walaupun pihaknya melakukan operasi hampir setiap hari di kawasan tumpuan berkenaan termasuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang didapati membuang sampah namun situasi berkenaan tetap berulang.

“Pada masa sama, DBKL juga menambah peruntukan sebanyak RM106,000 sebulan bagi memastikan kawasan yang terjejas akibat pembuangan sampah dibersihkan.

“Penguatkuasaan dan pembersihan sudah dilakukan namun pihak berkaitan terutama warga asing tetap membuang sampah sesuka hati terutama pada cuti hujung minggu,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, DBKL tetap mengambil beberapa langkah proaktif bagi membendung masalah itu termasuk melakukan kempen dan pemantauan secara berterusan.

“Walaupun melihat masalah ini seolah-olah tiada penghujungnya, DBKL tetap komited dalam usaha kami memastikan bandar raya ini bersih, seterusnya mengelak daripada berlaku penularan penyakit berjangkit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Julai 2018 @ 10:42 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 12:45 PM | Show all posts
kotornya.. memang memalukan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu aku tak nak kr chow kit. Menyibuk jr makcik bawang dok suruh 2 aku ke chow kit. Mcm chow kit tu a must visit place. Kalau tak beli kat chow kit tu ko soerang yg gagal dlm kehidupan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
So ko tak leh kerjasama ngan imigreseb tangkap aliens ni pastu hantar depa balik negara masing2
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:15 PM | Show all posts
Geli gila tgk!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:17 PM | Show all posts
bila la nak buat rush besar-besaran dan hantar semua pulang.. semak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2018 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa untuk bersihkan kawasan tu tapi polis rasuah masih ramai. Nak buang 29,000 yang masih terang2 ambil rasuah nanti kata kerajaan guna taktik dendam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 02:02 PM | Show all posts
Dasar pengotor...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau tengok, neh ke yg kau nak banggakan dgn kl yg kon0nnya urban tuuu???? euwwww
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
eeuwww loye tekak..so sile la serbu kwsn ni..serbu kwsn yg byk warga asing..pls la..semak sesgt..pengotor pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 02:57 PM | Show all posts
hantar pati ni balik negara dorang
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 04:16 PM | Show all posts
jijiknye la aih..kembang tekak..bau tah cmne plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 06:42 PM | Show all posts
bila lah harapan rakyat malaysia akan didengari, hantar lar pendatang ke negara asal, dahlah dtg negara org, berlagak pengotor dan mencuri
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 06:43 PM | Show all posts
errr...beskat tu pon di buang gak ker, takder lak yg mengangkut ek.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasar borong selayang pun sama...environment tak hygene langsung dgn puak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 07:22 PM | Show all posts
eww dah rupa ghetto.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah warga asing...anda mampu memperbodohkan ore Msia.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 09:01 PM | Show all posts
Dah bagi kompaun pun tak makan saman? kejadah apa ni....!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Daripada habis beratus ribu bersihkan. Baiklah hantar balik terus. Takkan sampai bila2 nak tanggung kos. Itu pun tak boleh pikir.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 10:42 PM | Show all posts
Dia orang memang pengotor. Kita kalau nak buang sampah kalau boleh cari plastik hitam yg lagi tebal...tapi diaorang ni kalau lalu dekat tempat mereka niaga...sampah bersepah2 meludah sepah2...lama2 datang penyakit pulak kat rakyat malaysia ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.077468 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list