Wak Doyok buat hal apa lagi ni? Rasanya dah banyak kali dengar netizen membongkarkan penipuan Wak Doyok sejak kebelakangan ini.
Kali ini, orang menuduh ikon fesyen itu temberang mengenai usahawan terkenal, Asyraf Mazlan. Apa kes pula ni Wak?
Foto: IG Asyraf Mazlan/Wak Doyok
Menerusi Instagramnya, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor memuat naik gambar bersama Asyraf dengan kapsyen mendakwa pembantu peribadinya (PA) sudah tidak lagi berkhidmat untuknya.
Foto: IG Wak Doyok
Namun, sebaik membuat kenyataan itu, Asyraf tampil memuat naik beberapa gambar di Insta Story sebagai bukti menyatakan dia adalah rakan kongsi dan pemegang saham terbesar dalam perniagaan jenama Wak Doyok bersama-sama Datuk Seri Aliff Syukri.
Maka dengan itu, netizen menyelar tindakan Wak Doyok dan mula menyeru orang ramai untuk memboikot produknya.
Bagaimanapun, ramai juga yang masih menyokong Wak dan mendakwa, Asyraff yang sebenarnya 'main tikam belakang'.
Foto: Twitter
Alamak, siapa yang betul dan siapa yang salah sebenarnya ni? Apapun, semoga ia tidak berlarutan dan dapat diselesaikan dengan baik. - CARI |