|
|
Gara-gara menukar saluran televisyen (TV), lelaki cedera diserang teman wanitanya.
METRO melaporkan, Abby Nicole Saunders, 21, berdepan tuduhan serangan yang mendakwa dia menggigit Brandon Codye Nichols McDowell, 29, di leher dan kedua-dua belah lengannya di dalam bilik tidur rumah mereka di Lexington, Carolina Utara.
 Foto: METRO
Difahamkan, Abby yang sedang menonton sebuah rancangan TV didakwa naik berang apabila kekasihnya masuk ke dalam bilik mereka sebelum menukar saluran TV lain.
Polis yang tiba di rumah mereka pada Sabtu mendapati lelaki berkenaan mempunyai tanda merah pada dadanya dipercayai akibat dipukul Abby. - CARI |
|