CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43308|Reply: 450

[Politik] Firma tukang emas Lubnan saman Rosmah RM60 juta

  [Copy link]
Post time 10-7-2018 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sumber: MalaysiaKini


Firma tukang emas dari Lubnan failkan saman RM59,831 juta terhadap Rosmah Mansor berikutan 44 barangan kemas yang dihantar (dipinjamkan) kepada Rosmah  pada Feb 2018 telah dirampas oleh polis.

Dalam pernyataan tuntutan Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Beirut, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay, berkata, Rosmah merupakan pelanggan lama dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia termasuk kepada keluarga diraja.
Menurut syarikat itu lagi, Rosmah adakalanya akan meminjam barang kemas itu dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai yang turut disertakan dengan memorandum penyerahan yang menerangkan terma dan syarat bahawa hak milik barangan berkenaan tetap dengan firma tersebut.

Menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10 Februari 2018, Global Royalty telah menghantar 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang setiap satunya bernilai antara RM498,852 ke RM3,721,737.50. Malah dalam surat bertulis yang bertarikh 22 Mei, Rosmah mengakui menerima barangan berkenaan.

"Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia," kata kenyataan tuntutan tersebut.

Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah kepada 44 unit barangan kemas yang dirampas polis dan memohon perintah mandatori agar barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif. Sekiranya tidak dapat dipulangkan, Rosmah perlu membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde la kaya sgt si rosmah ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang sah la kita fitnah rosmah selama ni. Memang betul la rosmah bagitau yg barang2 kemas tu dipinjamkan tetapi polis Amar Singh rampas dah buat gambaran seolah2 barang kemas tu milik 1MDB. FITNAH SUDAH JADI MAKANAN ASASI CAI PH
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
dah terbukti barang barang itu bukan milek rosmah dan di beli dgn duit 1 mdb.adoii anti klimax nya. sprm dah rampas barang pimjam. buang masa je seminggu menilai harga barang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 09:53 AM | Show all posts
pinjam ek?

bijak bijak
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sewa tak kne byar ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2018 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga kerajaan PH kembalikan pada syarikat tersebut dan rosmah tidak teraniaya. ....tapi rasanya nilai ni tak sebanyak nilai rampasan keseluruhan kan. ....aku tetap percaya kerajaan PH bukan memfitnah. ..ni cuma sebahagian kecil dari jumlah rampasan keseluruhan. ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 09:59 AM | Show all posts

Pulangkan barang kemas itu....Pulangkan!!

Malang bertimpa-timpa bagi Datin Seri Rosmah Mansur..


Seorang tukang emas borong terkenal dari Lubnan memfailkan saman AS$14.79 juta (RM59.831 juta) terhadap Datin Seri Rosmah Mansor bulan lalu atas penghantaran 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, dan dirampas oleh polis pada Mei.

Dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini, Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay.

Dalam pernyataan tuntutannya, firma yang berpangkalan di Beirut itu mendakwa Rosmah adalah pelanggan lama, dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia, termasuk kepada keluarga diraja.

Global Royalty mendakwa seperti pada tahun-tahun sebelumnya, firma itu akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar olehnya atau oleh pihak ketiga.


Firma itu berkata barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Global Royalty mendakwa bahawa ada kalanya, Rosmah akan meminjam barang kemas itu, dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.
Firma itu mendakwa bahawa memorandum penyerahan akan mengiringi hantaran atau konsainan barangan kemas, yang menerangkan terma dan syarat.

'Rosmah akui terima barangan'

Global Royalty, menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10 Feb tahun ini, telah menghantar 44 unit barangan kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, setiap satu bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000.

Firma itu mendakwa Rosmah, dalam surat bertarikh 22 Mei, mengakui menerima barangan berkenaan.
"Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia," kata kenyataan tuntutan itu.

Terma dan syarat memorandum itu termasuk penghantaran dan pemulangan barangan kemas, dan bahawa hak milik barangan berkenaan tetap dengan firma tersebut.
Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah 44 unit barangan kemas tersebut.
Firma itu juga memohon perintah mandatori supaya barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif, jika ia tidak dapat dipulangkan, Rosmah wajar membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.

Pengurusan kes mengenai tuntutan itu akan diadakan hari ini.
Pada Mei lalu, polis menyerbu dan merampas wang tunai dan barangan kemas dari dua unit kondominium mewah yang dikaitkan dengan Najib di Pavilion Residences di Kuala Lumpur.

Pada 4 Julai lalu, bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan dana yang melibatkan SRC International.

T/T: adakah akan ada Tabung Rosmah lepas ni?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2018 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Untuk apa pakai barang kemas pinjam ni..ibarat sewa ferrari bwk balik beraya ke konsepnya... biasanya retis2 je pkai brg pinjam n sponsor ni p red carpet..kak ros nak meriak kat sape pkai brg2 pinjam ni x malu ke sah2 niat riak tahap maksimum tu pkai brg pinjam
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 10:03 AM | Show all posts
aikk sudah kantoi ka....najib kata semua barang2 tu hadiah....rupanya memang dihantar ke rosmah utk rosmah pilih dan beli...secara tak langsung memang barang2 tu rosmah punya cuma belum bayar lagi je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 10:04 AM | Show all posts
masalahnya kerajaan baru ni sebok benda2 mcmni..keje overtime polis pala bungkus dan geng dia nak kena bayar jugak..kan kata nk jimat kos.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by samasam90 at 10-7-2018 06:11 AM

kiranya barang kemas ala2 "hadiah" kemenangan pru yg tak kesampaian ke acahne ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Silap rosmah gak
Knapa tak ckp awal2 brg pinjam & sewa
Musti rakyat yg kaya sanggup bg pinjamkan brg kemas mereka
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 10:06 AM | Show all posts
HAHAHA.....................bodoh betul  beri pinjam barang kemas beratus juta!!!!!
Lepas ni tentu Syarikat Richar Mille, Hublot, Rolex, Frsnck Mullder pulak saman
mintak balik jam tangan diorang yang dibderi pinjam untuk tayang dunia tapi
dah kena rampas!!!!!!!
Kemudian Syarikat beg tangan HERMES, BIRKIN & BIJAN pulak saman Rosmah
keran  lebihb 500 biji beg tangan yang dipinjamkan untuk tayangna amal sudah
kena rampas SPRM
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 10:08 AM | Show all posts
macai gigih kutip derma bayarkan ikat jamin...dia sedap2 sopping berjuta beli brg kemas
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 10:08 AM | Show all posts
maknanya yg dirampas tu ada jugak yg bukan kak mah punya...barang dr kedai emas dia nak tgk and pilih.  tak sempat pulang kan balik dah kena rampas...ermmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2018 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 10-7-2018 10:05 AM
kiranya barang kemas ala2 hadiah kemenangan pru yg tak kesampaian ke acahne ni?

Sometimes jeweller loankan barang kemas diorang for certain period..

Tapi in this case tak sure gift or mmg beli
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 10:08 AM | Show all posts
byk sgt barangnya. rosmah pun tak ingat kot mana yg pinjam, mana yg hadiah, mana yg beli..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
terbukti benda apanye macai.. ne baru 44 barang kemas.. cube terobek berapa jumlah barang kemas yg dirampas...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Syiok khen
Ada delibery...boleh try try dolu...
Hihi..
Sambil berangan...
Mana yang nak je pick.up....wow
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.111858 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list