Siapa yang tidak suka dengan masakan masak lemak cili padi ala nogori? Menu seperti ayam salai, daging dan itik memang sangat enak dinikmati dengan masakan pedas itu. Berdesup ke telinga!
Foto: Facebook
Tapi pernahkah anda meratah udang galah yang dimasak cara kegemaran ramai itu iaitu udang galah masak lemak cili api?
Belum pernah? Segeralah buat rancangan ke Johor Bahru atau jika berkesempatan melawat bandar di selatan Malaysia ini, jangan lupa singgah di Jeen & Cor Salai House!
Foto: Facebook
Selain udang galah masak lemak cili api, antara menu istimewa di Jeen & Cor Salai house ialah jika untuk sarapan: Mee Bandung Muar Style, untuk tengahari pula masak lemak cili api yang dipelbagaikan.
Ada daging, ikan dan juga ayam ayam salai. Kesemuanya mengikut stail masak orang Negeri Sembilan manakala untuk makan malam pula anda perlu cuba Nasi Goreng Seafood Kuali Petak!
Foto: Facebook
Pendek kata mana lagi nak cari masakan nogori di Johor? Bolehlah anda ke sini nanti.
Sesuai jua untuk peminat masakan pedas dan juga Melayu kampung.
Nah ini alamatnya:
No 12 Jalan Seharum 5 Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang ( Belakang Proton Service Centre - Kulis Auto ).
Jika anda ingin membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 012-7755759/012-7024389.
Foto: Facebook
Marilah! Monchiappp bak kata orang Negeri Sembilan! - CARI |