Nampaknya, nama Haqiem Rusli terus menjadi sebutan gara-gara gimik kemurungan yang konon dihadapinya. Belum pun dapat menarik nafas lega, terbaru timbul pula berita yang kurang enak yang melibatkan dirinya.
Lagu terbaru tidak mendapat keizinan..
Penyanyi Sufi Rashid mendakwa bahawa lagu terbaru Haqiem Rusli; Selamat Tinggal Sayang menggunakan melodi ciptaannya. Apa yang membuat dirinya kecewa adalah apabila Haqiem langsung tidak meminta keizinannya terlebih dahulu apatah lagi untuk meletakkan nama dan memberikan kredit kepada Sufi sebagai salah seorang pencipta lagu tersebut.
"ertamanya tahniah buat adik @haqiemrusli98_ atas pelancaran lagu baru. Saya berbesar hati lagu itu menggunakan 'intro' yang saya cipta," ujar Sufi seperti yang dipetik dari mStar.
Foto: Instagram Sufi Rashid
Bezakan antara perniagaan dengan hal peribadi..
"Anda boleh kecam saya tapi belajarlah perbezaan antara perniagaan dan hal peribadi. Dan anda akan faham perasaan bagaimana tidak dihargai."
Luahan hati Sufi yang dimuat naik di Instastory (Foto: Hangat.com)
Bukan soal wang tetapi biarlah dengan cara yang betul..
Merujuk kepada laporan Hangat.com, wang bukanlah persoalan yang dibangkitkan oleh Sufi tetapi biarlah ianya dilakukan dengan cara yang betul dan sekurang-kurangnya Haqiem perlu meminta keizinannya terlebih dahulu. Tambahnya lagi, bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan sesebuah lagu tambahan pula lagu tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan semenjak dimuat naik ke laman YouTube.
"Saya tidak melakukan ini (posting) untuk mendapat publisiti murahan. Ini dipanggil sebagai reputasi. "
Sufi nafi mahu publisiti murahan. (Foto: Hangat.com)
Ini bukanlah pertama kali Haqiem terpait dengan isu yang sama kerana lagu nyanyiannya Jatuh Bangun juga pernah dikatakan sama seperti lagu nyanyian Asfan Shah. Sekiranya betul dakwaan Sufi, Haqiem dan pihak pengurusannya perlu melakukan sesuatu dan semoga dan menyelesaikan perkara ini secara baik. -CARI
|