Malaysia masih lagi bersedih dengan kejadian yang menimpa adam Rayqal, bayi yang meninggal dan disimpan di dalam peti sejuk beku oleh pengasuhnya. Kisah bayi malang dan pengasuh kejam itu masih hangat dikongsi oleh netizen di media sosial kerana isu tersebut benar-benar menyentuh hati dan menimbulkan kemarahan netizen.
Bagaimanapun, status yang dimuat naik di Facebook oleh seorang wanita yang masih dalam pantang bersalin ini turut mendapat respon hangat daripada netizen kerana penulisannya dikatakan tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
Sepatutnya dua orang anaknya dihantar kepada pengasuh tersebut sehari sebelum kejadian malang yang menimpa Adam Rayqal.
Wanita ini pernah berurusan dengan pengasuh tersebut sebelum ini untuk menghantar dua orang anaknya untuk dijaga tetapi dibatalkan pada saat -saat akhir.
Wanita ini berasa bersyukur dan lega kerana diselamatkan daripada kejadian buruk ke atas diri dan anak-anaknya lebih-lebih lagi dia dikatakan sedang meroyan selepas melahirkan anak ketiga.
Ramai netizen yang bersimpati dengan kesusahan yang dialami oleh wanita ini yang terpaksa berpantang seorang diri dan sedang sakit meroyan. Mereka turut melahirkan rasa syukur kerana anak-anak wanita ini tidak menjadi mangsa pengasuh tersebut sehingga boleh menyebabkan kesihatan wanita ini makin teruk.
Dalam masa yang sama, ramai juga netizen yang mengecam wanita ini kerana penulisannya yang tidak sensitif dengan nasib malang yang menimpa ibu bapa dan keluarga Adam Rayqal. Rata-rata menyuruh wanita ini membaiki semula ayat yang ditulis atau memadamkan statusnya itu di media sosial kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa.
Ada netizen yang memahami masalah dan kesakitan yang dialami oleh wanita ini dan meminta netizen tidak mengecamnya tetapi menasihatinya agar menerima rawatan yang sepatutnya.
Walau apapun, jagalah perkataan atau penulisan yang dinaikkan di media sosial. Jika rasa status yang dinaikkan itu tiada kepentingan dan faedah, lebih baik berdiam sahaja. Setuju tak? - CARI |