Emma Maembong boleh dikatakan antara artis yang sentiasa diperkatakan sama ada bakat berlakonnya yang semulajadi ataupun kisah kontroversi dengan bekas-bekas kekasihnya.
Namun, apabila ada yang membuat 'unpopular opinion' di Twitter hanya berkisarkan tudung dengan melabelkan Emma sebagai artis berhijab paling selekeh, 'post' tersebut mendapat perhatian ramai pihak.
Foto : Twitter
Tapi, tenang semua. Nama pun 'unpopular opinion', jadi ia adalah pendapat peribadi setiap individu. Sengaja Twitter wujudkan pada Mei 2018 bagi menunjukkan setiap orang berhak melontarkan pendapat peribadi walaupun ia tidak dipersetujui oleh semua orang.
Ramai yang membantah 'post' tersebut lalu mengkritik Nadia sendiri.
Ada pula yang menjelaskan penampilan Emma seperti bukan artis yang dipersoalkan.
Bagi sesetengah netizen, asalkan Emma bertudung sempurna, itu sudah cukup sebenarnya. Jangan hanya tahu mengkritik sahaja.
Lebih mengharukan, apabila ada yang mengaitkan dengan penampilan Neelofa yang semakin 'terbuka'.
Ramai yang memuji Emma Maembong yang paling konsisten bab bertudung.
Macam-macam netizen ini kan? Soal penampilan artis turut mendapat perhatian. Jadi, bertabahlah Emma Maembong. - CARI |