Tahniah kami ucapkan kepada Puteri Julia Nabilah, anak kepada pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan kekasih hatinya, Dziya Faqhran Datuk Mahmod Fauzi pada Ahad yang lepas.
Menerusi laporan Kisah Dunia, kami difahamkan bahawa suami kepada anak sulung Ziela Jalil ini juga merupakan seorang doktor. Wah, memang sepadan sangat, bukan?
Foto: Instagram Ziela Jalil
Ziela Jalil juga dilihat memuat naik beberapa gambar serta video di sepanjang majlis pernikahan termasuklah majlis khatam Al-Quran yang berlangsung pada 29 Jun yang lepas.
Kelunakan suara Julia semasa mengalunkan bacaan Al-Quran pada majlis khatam tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai yang rata-rata kagum mendengarnya.
Bukan sahaja cantik dan pandai, malah mengaji pun pandai. Suara pun sedap!
Foto : Instagram Ziela Jalil
Cara didikan yang betul dan patut menjadi contoh..
Memang merdu kan suara Julia ni. Tahniah sekali lagi kami ucapkan dan semoga perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat. -CARI
|