Demam Piala Dunia memang 'berhantu'. Apatah lagi bila melihat satu demi satu nama besar jatuh tersungkur kepada negara kecil termasuk Juara Bertahan, Germany, banyak lah pula yang mahu memberi komen sarkastik hingga melukakan peminat pasukan yang kalah.
Itu belum termasuk gambar yang disunting atau komik menyindir memenuhi media sosial dengan alasan bergurau. Ada yang boleh menerimanya atau membiarkan sahaja komen tersebut.
Sebuah komik menunjukkan dialog negara yang kalah termasuklah Germany, Portugal, Argentina dan Spain itu masih tidak mengapa, tetapi apabila membabitkan kekalahan parti politik, Barisan Nasional, ramai yang mula tidak puas hati. Lebih-lebih lagi ia dimuat naik oleh selebriti Wardina Safiyyah yang terkenal dengan imej agama. Bagi sesetengah netizen, dia langsung tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia terutamanya penyokong parti tersebut.
Foto : IG Wardina
Membaca komik itu, ramai yang merasakan ia sekadar gurauan dan tiada apa-apa masalah.
Namun, ada juga ia adalah gurauan yang keterlaluan.
Ada pula yang mengaitkan Wardina dengan sikapnya yang tidak selari dengan hal agama yang diperkatakannya.
Bagi sesetengah netizen pula, ia sekadar gurauan untuk menghilangkan stres. Jadi, janganlah terlalu emosi sangat.
Mungkin Wardina perlu berhati-hati selepas ini sebelum memuat naik sebarang post yang lebih menjaga keharmonian semua pihak. - CARI
|