Percintaan yang tidak kesampaian antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy yang berkesudahan dengan kontroversi masih segar dalam kalangan sesetengah peminat mereka berdua.
Terbaru, insiden yang boleh dikatakan mengejutkan serta memalukan berlaku ketika Sufian sedang menghiburkan penontan dalam rancangan akhir Bintang RTM 2018 adalah apabila seorang penonton lelaki menjerit nama 'Elfira Loy' ketika suasana sunyi seketika. Namun , ternyata Sufian tetap menghabiskan lagu dengan jayanya mendapat pujian netizen. Sufian dalam retweetnya juga bergurau dalam statusnya.
Twitter
Post tersebut mendapat perhatian rakan artis, IamNeeta yang juga memberi komen lucu.
Memang kalau tak bijak kawal situasi, mahu tergelincir nyanyian tersebut.
Oleh sebab itu, ramai netizen memuji sikap profesional Sufian yang berjaya menghabiskan lagu dengan cantik.
Maklumlah, kalau tidak 'pro' mesti membuat perkara yang di luar nyanyian.
Ada juga yang berpesan supaya menukar kepada muzik rancak. Maklumlah lagu medley ini ada part yang tiada muzik tu bahaya.
Memang menghiburkan betul apabila membaca komen-komen di Twitter.
Selain penonton yang sabotaj, artis juga perlu mempunyai sikap profesional supaya persembahan nampak sempurna. - CARI
Post time 2-7-2018 06:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Di mmaatamuu~~~ uols...
Kene betul dgn timing lps audience tu jerit nama ex beliau
Terus jadi mcm carutan gituh
Papepun, audience tu mmg kijam n wajar dicarut