"Saya nak ucap terima kasih kepada Elly sebab sudi
berdamai demi masa depan anak dia dan Azmi."
Wah! Seronok rasanya mendengar penyanyi dan pelakon Elly Mazlein dan Faye Kusairi sudah berbaik selepas sekian lama 'berperang'.
Foto: IG Elly/Faye
Memetik mStar Online, Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 32, meluahkan rasa syukur apabila kemelut antara suaminya, Azmi Hatta dan bekas isteri sudah berakhir.
"Alhamdulillah, saya pun bersyukurlah sebab doa-doa dan harapan kami dimakbulkan," katanya kepada mStar Online.
Terdahulu, Elly meluahkan rasa syukurnya apabila Azmi mengenepikan egonya untuk menziarahi anak mereka, Putri Sara Sepfhia, 2.
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Faye berkata, dia sangat gembira sekiranya dia juga dapat bersua muka dengan Elly dan Sefhia.
"Insya-Allah sudah tentu saya gembira kalau dapat bertemu dengan mereka. Sefhia juga anak suami saya. Itu adalah satu hakikat dan penerimaan saya dari awal lagi.
"Saya tak akan putus berdoa dan mengharapkan agar kita semua boleh berdamai hingga ke akhir hayat," ujarnya.
Azmi dan Faye diijabkabulkan pada 9 April 2017 dan dikurniakan anak lelaki bernama Alif Azmi pada 9 April lalu.
Semoga hubungan baik ini berkekalan hendaknya. Tak seronoklah menonton 'drama percuma' di laman sosial selebriti. Tak begitu? - CARI
|