Aduh, perut dah mula meragam, tapi reka bentuk tandas ini boleh buat impian ‘melabur’ terbantut.
Ini yang dirasakan oleh seorang pengguna Twitter apabila mendapati tandas yang disediakan di sebuah pejabat di Jerman mempunyai susun atur pelik.
Pemilik akaun media sosial itu, Titus Chalk pada awalnya bersangka baik mungkin tandas berkenaan masih dalam proses pembinaan. Namun, dia kemudian menyedari bahawa tiada papan tanda ‘dalam pembinaan’ dan sebagainya, lalu memuat naik foto tandas tersebut ke media sosial.
Ini adalah antara foto yang dikongsikan di portal Mirror:
Tandas ini sesuai untuk orang yang suka mengadakan pertandingan merenung.
"Siapa kelip mata, dia kalah!"
Pereka prihatin tidak mahu bayi dipinggirkan.
Sekurang-kurangnya, tiada mesej lucah boleh diconteng di sini.
Sesuai untuk pasangan merpati dua sejoli yang tak ingin berpisah dan sering merindu biarpun ke tandas.
Sesuai untuk penakut yang tidak mahu menutup pintu bila ke tandas.
Reka bentuk di luar kotak.
Begini lebih mesra. Anda boleh tahu sifat luar dan dalam rakan anda.
Tidak adil. Ini diskriminasi kepada orang bertubuh besar.
Nah, reka bentuk ini untuk mengelakkan pengguna beratur terlalu lama.
Lega. Tapi, jangan pula sumbat tisu itu ke dalam lubang tandas ye!
Foto: Mirror UK
Relevankah tandas direka sebegini? Bagi orang timur seperti kita, rasanya kurang manis bukan? Bagi yang suka kemesaraan ketika membuang hajat, bolehlah terapkan reka bentuk pelik ini di rumah. - CARI |