Setiap kali hendak menyambut hari raya, seakan wajib membeli pakaian baru. Jadi, pusat membeli belah, pasar raya dan kedai-kedai pakaian sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin membeli pakaian. Kesesakan yang berlaku kadang-kala menyebabkan pemilik premis dan pekerja tidak dapat mengawal keadaan.
Seorang pengguna Twitter memuat naik status mengecam sikap netizen berserta gambar longgokan pakaian yang ditinggalkan di dalam fitting room selepas dicuba pelanggan di salah sebuah pusat beli belah. Dia berasa kesal dengan sikap sesetangah rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.
Rata-rata netizen mengecam sikap buruk pengunjung pusat beli belah tersebut yang mencuba pakaian, tetapi tidak meletakkan pakaian ke tempat asal atau tempat sepatutnya.
Ramai yang terkejut dan mendakwa pertama kali melihat situasi seperti ini. Mungkin mereka tidak menyangka begitu teruk sekali sikap rakyat negara ini. Mereka sendiri mengakui akan meletakkan semula pakaian yang telah dicuba di tempat asal agar tidak menyusahkan pekerja.
Netizen yang pernah bekerja di bahagian jualan amat memahamai perasaan staf yang terpaksa mengemas dan melipat kembali pakaian untuk diletak kembali di tempat asal. Ada antara mereka yang tidak sempat berbuka puasa gara-gara menyiapkan kerja yang terlalu banyak.
Bukan setakat di bahagian pakaian sahaja, bahagian kasut juga kelihatan bersepah. Apa nak jadi ni?
Foto: Twitter
Tahulah masing-masing sibuk hendak memilih pakaian raya, tetapi jangan biarkan pakaian bersepah hingga menyusahkan pekerja bahagian jualan. Kita kenalah mempunyai sikap bertimbang rasa dan bertanggungjawab. Betul tak? - CARI |