|
Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan kalau nak menjadi pelakon ya.
Macam Puteri Aishah, dia terpaksa menhan gatal seluruh badan apabila terpaksa menyarung silikon berpuluh jam.
Foto: Astro Gempak
Semua ini dilakukan demi menjayakan watak seorang wanita yang bertubuh gempal dalam drama Terima Aku Seadanya.
Pelakon ini juga menyatakan masa tiga jam diperlukan untuk disolek dan ditampal silikon bawah dagu.
"Saya menjayakan watak seorang wanita seberat 90 kilogram untuk drama terbaharu Terima Aku Seadanya.
"Selain menyarung kostum silikon, saya juga perlu sarung baju tebal seperti jaket musim sejuk untuk menambah jisim badan.
"Bayangkan saya perlu memakai pakaian tebal dan silikon selama lebih 12 jam, pastinya badan pun gatal-gatal dan melecet terutama di bawah dagu," katanya kepada Astro Gempak.
Sepanjang bulan Ramadan, Puteri akan ke set seawal jam 6 pagi bagi mengelakkan kesesakan walaupun penggambaran hanya akan bermula pukul 11 pagi.
"enat memang penat tetapi drama ini menguji kemampuan saya sebenarnya dan saya puas!"
Tak sabar nak tengok, mesti comel nanti. -CARI
|
|