View: 1560|Reply: 3
|
Tak Ada Lesen Dan Tak Bayar Sewa Tapak, Peniaga Air Tumbuk Pegawai MPK
[Copy link]
|
|
Susulan insiden pergaduhan melibatkan pegawai Penguatkuasa MPK dan dua peniaga air di Bazar Aidilfitri Jalan Taiping, Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.
Dalam video yang tular itu, dua peniaga cuba menghalang penguat kuasa merampas balang air sebelum balang pecah dan berlaku adegan tumbuk menumbuk.
mStar Online melaporkan, Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya mengakui pegawainya bertindak balas namun menegaskan yang ianya berpunca daripada provokasi yang dimulakan oleh peniaga terbabit.
Tambahnya, peniaga berkenaan berniaga tanpa lesen yang sah dan tidak membayar sewa tapak walaupun telah diberikan amaran dan peringatan oleh penguat kuasa sebelum ini.
“Peniaga berkenaan telah diberikan peringatan untuk berhenti berniaga kerana beroperasi tanpa kebenaran dan lokasi yang tidak dibenarkan. Bukan setakat ingkat dengan arahan, malah telah melakukan provokasi terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas.
“Kekecohan berlaku apabila peniaga menghalang kerja penguat kuasa merampas balang air sehingga berlaku pergelutan.
“Oleh demikian, kita menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Namun MPK juga akan memanggil anggota terlibat untuk penjelasan dan siasatan dalaman." -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
peniaga tu tak bagi jolok ke...setau aku klang bersepah byk peniaga dari luar still meniaga walo takde permit lesen kejadah smua tu..nak buat keje biar adil saksama. mcm aku tak tau |
|
|
|
|
|
|
|
MPK ni bertindak berdasarkan report. Peniaga2 kat situ yang report sebab diorg ni berniaga bukan atas tapak.
Selama aku baca berita2 macam ni, sangat jarang yang tampil bagitau pernah buat report (dengan bukti) tapi tak di ambil tindakan. Banyak yang komen dekat socmed dengan gebang dalam video ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
geng2 peniaga lain gak yg report neh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|