CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9920|Reply: 99

[Tempatan] Cikki Muslim Elak pakai tudung dreamcatcher

  [Copy link]
Post time 12-6-2018 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Memakai tudung bercorak ‘dreamcatcher’ iaitu simbol kepercayaan masyarakat Red Indian kini menjadi trend wanita Islam di negara ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui tulisannya di laman rasmi Mufti Wilayah berkata, umat Islam dinasihat lebih berhati-hati bagi mengelakkan timbul fitnah ke atas orang yang menjual dan memakainya.

"Lebih baik memilih alternatif lain yang tidak mengandungi apa-apa kontroversi adalah lebih baik dan lebih selamat,"katanya.

Beliau menjelaskan, dalam Islam terdapat larangan menyerupai pakaian orang kafir.

"Kita dilarang oleh Rasulullah SAW menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan identiti agama mereka.

Berdasarkan penelitian ulama, terhadap nas al-Quran dan al-Sunnah, salah satu bentuk penyerupaan dengan orang kafir yang dilarang ke atas umat Islam adalah pada pakaian,” katanya.

Bagaimanapun, pendapat mazhab Hanafi, Maliki dan jumhur mazhab Syafie, menyerupai pakaian yang menjadi syiar orang kafir hukumnya kafir.

"Kerana itu, sesiapa yang memakai topi orang Yahudi dengan sengaja maka ia kufur kecuali jika dipaksa atau memakainya sekadar untuk berlindung daripada kepanasan.

Begitu juga orang yang memakai pakaian khas paderi Kristian, ia dihukumkan kafir kecuali jika memakainya sebagai helah dalam peperangan, maka ia tidak dihukumkan kafir,"katanya.

Namun, sesetengah ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie mengatakan, sesiapa mengenakan pakaian khas orang kafir, tidak jatuh kafir kecuali jika ia beriktikad dengan iktikad kufur tersebut.

Tetapi, mazhab Hanbali pula, mengatakan haram memakai pakaian bukan Islam yang merupakan syiar agama mereka.

Bagaimanapun terdapat juga pendapat memakai tudung bercorak ‘dreamcatcher’ tidak sampai ke tahap menyerupai agama lain kerana ia tidak pernah menjadi pakaian khas merujuk kepada agama lain seperti salib.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2018 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
lmao akak pernah nampak akak2 pakai lipstick ala2 kylie bershawl dreamcatcher ni catwalk kat bangi gateway. lawa nork.  yg pastinya takde la nampak mcm kapir pun. nampak pelik ada la tp selagi diorang tak bawak belon lari2 depan jaya grocer tu akak ok lagi rasanya kalau tak akak kesian jugak muda2 dah mental.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tudung corak tu mcmana ropenye
Pls suapkan iols pic
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Jubah Dr Zulkifli ni pon macam Jubah paderi Kristian dan rabbi Yahudi

Lain kali tengok dulu pakaian engko tu dah serupo nak masok Gereja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Jubah Dr Zulkifli ni pon macam Jubah paderi Kristian dan rabbi Yahudi

Lain kali tengok dulu pakaian engko tu dah serupo nak masok Gereja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana rupa tudung dream catcher ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2018 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
mohon pencerahan juga bagi tudung dream catcher..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 07:15 AM | Show all posts
“Beliau menjelaskan, dalam Islam terdapat larangan menyerupai pakaian orang kafir”


Habis tu pakai songkok, pakai kopiah dan  wanita pakai tudung untuk menotop aurat tu adalah satu larang bagi orang melayu isle kerana menyerupI pakai kafir!

Rosakdah pemikiran lobai malaya ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2018 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Gmbar mana gmbar? Pemalas punya TT mentang2 kopek lendut, nak buat kuih raya pasti tersiksa yah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 07:28 AM | Show all posts
sape2 yang tak tau dreamcatcher tu hape..ni hah bendanye...
banyak je jual kat booth merata mall..







Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 07:32 AM | Show all posts
Kekadang kita wat silap....so cepat² mohon maaf dariNya...Allahumma aamiin...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Hodohnya pesen tudung tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 07:46 AM | Show all posts
Ler apa masalahnya. Corak dan barang aja tu kan.

Kadang-kadang kita kena stop sempitkan pikiran.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dreamcatcher ni dahla tahyul, x cantik pulak tu. Ye lah taste manusia macam2. Tapi kalau dah Islam tu kena la ikut syarak. Lainla libtard..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 08:06 AM | Show all posts
xrs teringin langsung plak nk pakai tudung corak cmtu..sape la yg bodo g beli
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mzz suka dreamcatcher..in fact mzz suka benda2 yang berkaitan dengan native american. Baru tertengok citer wind river last saturday..sedih.

Tapi design tudung tu tak lawa pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2018 08:20 AM | Show all posts
Macam red indian..pestime tengok....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Akal ummah melayu isele pertiwi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 08:23 AM | Show all posts
apa function dream catcher tu??
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 08:32 AM | Show all posts
kalau anggap sebagai corak je tak boleh jugak ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.212225 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list