Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Masih ramai lagi yang sedang membuat persiapan di saat akhir untuk mendapatkan pakaian dan barang-barang keperluan menyambut lebaran.
Di saat orang ramai yang memenuhi pusat bandar dan kedai-kedai, para peniaga turut menawarkan pelbagai promosi bagi menarik pembeli untuk datang ke kedai mereka. Tetapi, yang menyedihkan apabila ada peniaga yang memberi layanan buruk kepada pembeli. Ini berikutan status yang dinaikkan oleh seorang pengguna facebook yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh seorang penjual.
Akibat salah faham dengan perkataan 'lapar' dengan 'tampar', penjual itu terus mengamuk dan mengacukan batang besi penyangkut baju sehingga terkena bahu isterinya.
Lelaki ini dan isterinya berasa tertipu dengan penjual tersebut malah kejadian tersebut telah menjatuhkan maruah mereka.
Disebabkan rasa terancam dengan ugutan penjual tersebut, lelaki ini membuat laporan polis agar perkara yang tidak diingini berlaku.
Penjual tersebut menghalau lelaki itu dan isterinya menggunakan batang besi penyangkut baju sambil memarahi mereka. Bulan puasa pun nak gaduh!
Sebelum ini, lelaki ini dan isterinya tidak nampak notis ini dipamerkan dan dikatakan baru sahaja diletakkan di tempat tudung tersebut.
Mereka juga turut melaporkan hal ini kepada pihak KPDNKK kerana penjual gagal mempamerkan harga dan polisi kedai serta tidak diberikan resit pembelian.
Netizen bersetuju bahawa pelanggan sentiasa benar dan perlu diberi hak yang sepatutnya. Ini kerana, menurut kebiasaan, barang yang sudah dibeli masih boleh ditukar asalkan disertakan dengan bukti pembelian dan dalam tempoh yang dibenarkan sahaja.
Betul juga komen netizen ini. Sebagai penjual, kenalah banyak bersabar dengan karenah pelanggan dan perlu bertolak ansur. Jika pelanggan hendak menukar barang, tidak salah untuk membenarkannya. Jika pelanggan berpuas hati dengan barang yang dijual dan layanan penjual juga bagus, sudah pasti pelanggan akan datang lagi ke kedai tersebut.
Bagaimanapun, sebenarnya ia hanya salah faham antara penjual dan pembeli. Netizen ini biasa membeli dikedai tersebut dan sudah tahu bahawa barang promosi memang tidak boleh ditukar. Jika pembeli tahu lebih awal tentang polisi tersebut, mungkin perkara sebegini tidak akan berlaku.
Di bulan yang mulia ini, masing-masing perlu menjaga adab dan percakapan agar tidak menimbulkan kejadian yang tidak diingini. Penjual sepatutnya perlu bertoleransi dengan pembeli dan tidak bertindak kasar. Apa pendapat kalian? - CARI |