"Saya menggesa masyarakat mengisi borang pemakluman balik kampung."
Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Sarawak SAC Shafie Ismail mengingatka orang ramai yang ingin pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri untuk mengisi borang balik kampung supaya memudahkan polis membuat pemantauan di kawasan kediaman mereka.
Foto: World of Buzz
Menurut BERNAMA, selain rumah persendirian yang ditinggalkan, polis akan memastikan keselamatan masyarakat dan harta benda awam terjamin.
Sehubungan itu, semua jabatan agensi berkenaan di Sarawak akan digerakkan bagi membuat rondaan pencegahan jenayah, risikan operasi dan pemantauan premis perniagaan sepanjang tempoh cuti perayaan ini.
"Bagi mencapai objektif Op Selamat ini, polis tidak mampu bertindak sendirian.
"Saya menggesa masyarakat yang merancang meninggalkan kediaman masing-masing mengambil langkah keselamatan yang difikirkan perlu di samping mengisi borang pemakluman balik kampung yang boleh diperoleh di balai polis berdekatan atau dimuat turun daripada portal rasmi polis.
"JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) telah ambil langkah sewajarnya tangani isu ini, kita harap tidak ada lagi dan untuk Op Selamat dalam masa terdekat, tidak ada lagi kes samun melibatkan geng rantau," katanya. - CARI |