View: 6598|Reply: 46
|
Kerana RM1 Dan RM5, Pengunjung Berebut Seperti Ayam - Mood Republic Biadab?
[Copy link]
|
|
Fenomena 'shopping raya' di bawah satu bumbung memang sangat hangat dan ditunggu-tunggu oleh kaki 'shopping'. Apatah lagi sejak kemunculan 'Fest Raya' anjuran Mood Republic pada tahun 2014 hingga kini diumpamakan sebagai pesta kegilaan menyambut Aidilfitri setahun cuma sekali.
Namun, di sebalik kemeriahan menjual baju-baju raya, ada satu acara tahunan yang mendapat kritikan keras namun pihak penganjur tetap tegar mengadakannya bagi memeriahkan majlis tersebut. Acara tersebut ialah menabur duit kepada pengunjung yang perlu berebut untuk mendapatkannya.
Saiful Nang dan beberapa individu lain pernah menegur acara ini serta menjadi fenomena seketika. Namun, pihak penganjur tidak kisahkannya. Tahun ini, di Twitter, seorang lelaki mendedahkan video hujan duit yang merendahkan moral Melayu Islam yang sanggup berasak-asak bagi mendapatkan nilai yang tidak seberapa.
Video tersebut jelas menunjukkan ramai yang lupa diri setelah dihumbankan duit. Malahan ada netizen yang pernah menyertai acara ini menyesali perbuatannya dahulu.
Bagaimanapun, tiada tindakan yang dikenakan terhadap pihak penganjur yang nampaknya makin galak membodohkan pengunjung seperti pengemis.
Bagi netizen, acara yang memalukan ini harus dihentikan serta-merta kerana penganjur seolah-olah tidak terkesan dengan teguran ramai pihak.
Malahan, ada netizen yang mendedahkan acara tabur duit sekadar gimik semata-mata. Ini kerana bukannya nilai RM100 ribu seperti yang diwar-warkan, tetapi tidak sampai RM10 ribu pun. Sangat mengejutkan juga kerana gimik pemasaran tersebut dikira menipu kan?
Setelah banyak teguran dibuat kerana mengambil kira faktor keselamatan, gimik melampau dan adab, mungkin pihak berkuasa boleh mempertimbangkan acara sebegini yang hanya mengundang keburukan daripada kebaikan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
penganjur hadap pelanggan dtg, dia buat jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Uncivilised kenapa buat org ramai mcm ni
Dan org ramai kenapa SANGGUP DIPERLAKUKAN SEPERTI HAIWAN |
|
|
|
|
|
|
|
teruknya |
|
|
|
|
|
|
|
Habis nampak muka masing-masing |
|
|
|
|
|
|
|
manusia tak berduit tapi gigih nak pakai branded jah hadap benda ni..
cuba kalu semua boikot.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah skali pon rasa nak pegi
malas nak bersesak dalam peluh ketiak org |
|
|
|
|
|
|
|
yang pergi berebut duit ni dah xde keje ke?dress-up beria pakai barang memahal tapi perangai cm pprt demi singgit & rm5 jah??so uneducated.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak minat gi tempat yang terlalu sesak dan ada yang berebut2 macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pergi jugak, tapi takde la pergi time diorg sembur duit ni. Aku pergi lepas subuh, time orang tak ramai. Tak kuasa la nak pergi time orang ramai-ramai happy hour bagai. Nak jalan sesak-sesak takde mood. |
|
|
|
|
|
|
|
motif sgt...jadahhh.sejak ade online ni memang haram la nak g tempat2 cmni. cukup la sekali aku gi dulu. blackout la, tahan org jangan masuk dulu la, supaya nmpak masuk ramai. acik tul buat cmtu. tak paham why still org rmai pegi event jadh cmni.paling tak leh bla. kul 12 pg aku pegi dulu, gigih mak pak bawak budak2 kecik g..tlg la weh, anak2 tu bg tido kat umah. tak yah la g.cr la time sesuai. kesian kat budak2, duduk tepi dinding tgu mak la, muka ngtuk2.pastu nt anak tak tido mlm merayau tgh malam, jgn nak mrah. emo pula bulan pose nie. ok sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
waktu mood republik dtg swak hari tu buat mcm ni bkn main puaka mulut puak2 d sana menghina..sekali diri sendiri d uji taburan wang rm1 dan rm5 lebih lagi mengelupur umpama x pernah tgk duit. |
|
|
|
|
|
|
|
Duit xcukup nk beli baju kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak minat. Tak pernah pergi. Harap in future Paz tak terjebak pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pergi thn lepas...pas tuh sumpah xhingin pergi lagi.....sesak dan tidak menepati cita rasa apa aku nk cari kecuali kuih raya....baju raya xmasuk dgn taste & harga |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah pergi and tak pernah rasa teringin nak pergi. Pada yang muka terang2 ada dalam pic atas ni, tak rasa malu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya manusia2 tu rela pulak diperbodohkan demi duit singgit. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan salah kan penganjur je
salah kan yg menyondol2 hadap duit tu jugak
mana maruah eh?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|