Pengat pisang ni kalau dah siap dan anda letak dalam peti ais, sangat sesuai dijamah ketika berbuka. Lebih-lebih lagi dalam cuaca yang panas seperti sekarang.
Ia akan mencair di dalam mulut dan menyejukkan tekak anda. Tak percaya, cubalah!
Foto: Facebook Viral Media Malaya
Bahan- Bahan
3 biji pisang tanduk
1/2 cawan sagu biji- cuci dan rendamkan dalam 3 minit
Air secukupnya untuk merebus pisang dan sagu
Bahan Kuah
1 cawan santan pekat
2 cawan air
3 sudu besar gula merah +1/2 cawan air, gaul rata dan tapiskan
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan- di simpulkan
Cara-Cara
1. Buangkan kulit pisang dan hiris serong. Rebus pisang tanduk sehingga separuh masak.. Bila dah empuk, angkat dan toskan.
2. Jangan rebus lama sangat, nanti tak cantik pisangnya. Sementara tu, dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu yang telah di rendamkan tadi.
3. Masak hingga jernih semuanya. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan dulu.
4. Di dalam periuk lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yang sudah di tapis tadi dan gula pasir. Masak hingga hampir mendidih.
Foto: iresipi.com
5. Masukkan pisang tadi, sagu dan daun pandan dan gaul sebati.Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah dan biarkan mendidih.
6. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
Sedap sangat! Jom cuba untuk berbuka hari ini! -CARI |