Ramai yang mengenali Amran Fans sebagai watak sarkastik mengenai isu-isu dalam negara serta isu sosial di laman Facebooknya. Biar pun penulisannya agak kasar serta tidak berlapik, namun jika ia isu yang bagus, maka kita perlu membincangkannya dalam konteks semasa.
Terbaru, Amran menulis di laman Facebooknya mengenai perbezaan harga minuman di bulan Ramadan dan bulan biasa. Ramai yang bersetuju dengan pendapatnya serta menganggap ia masalah yang tidak akan selesai.
Betul apa yang diutarakan oleh Amran kerana rata-rata harga air di Bazar Ramadan naik mencanak berbanding bulan sebelumnya. Ramai pula yang memberitahu harga air bungkus di tempat mereka pula.
Ada pula netizen yang menjelaskan ketamakan peniaga hingga sanggup meletakkan pemanis yang banyak untuk menjimatkan kos.
Ada netizen menempelak Amran kerana bising benda yang tidak sepatutnya. Sedangkan jika membeli minuman di kedai kopi ternama, tidak pula bising. Namun, ada bijak pandai yang membalasnya dengan hujah padu.
Jadi, kita hendaklah bijak menggunakan kuasa sebagai pengguna bagi membuat pembelian yang berbaloi. Jika rasa tidak berbaloi, lebih baik buat air minuman sendiri. Dengan itu peniaga mungkin terkesan dengan cara sebegini. - CARI
Ye ke sebungkus RM5? Mcm claim berlebih2 jer... Yg aku nampak, sebungkus RM2 atau RM3, bergantung kpd saiz plastik. Selalunya sbb persaingan, depa jual 2 bungkus RM5 utk yg sebungkus RM3. Unless air yg special skit, i.e. air khatira atau jus buah, depa jual mahal skit.
dan hari ini kecoh pula kos sebenar bazar ramadan di lokasi strategik ibukota dianugerahkan kepada orang berkepentingan dengan harga x sampai RM10 pun untuk 1 tapak...