Jurucakap polis berkata, kematian Spade, 55, dikatakan akibat bunuh diri, namun punca sebenar kematiannya masih belum ketahui.
Menurut sumber, mendiang meninggalkan sekeping nota di kediamannya di Park Avenue sebelum ditemui mati oleh suami dan anak perempuannya.
Sementara itu, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli keluarga Spade berkata, mereka amat terkejut dan terkilan dengan tragedi tersebut dan akan merindui kehilangannya.
Di samping itu, ahli keluarganya turut meminta semua pihak supaya memberikan mereka ruang agar tidak diganggu buat masa ini. - AFP