Buat sesiapa di Kuala Terengganu yang mahu berbuka puasa di luar bersama keluarga atau sahabat handai tapi tiada idea, bolehlah berkunjung ke Log & Glide Surf Shop dan Cafe.
Semua menu ditawarkan sungguh unik dan antara menu ‘killer’ yang terdapat di sini adalah seperti Nose Ride Kuey Teow (RM5), Cut Back Club Sandwich (RM7), dan Wipeout Chicken Chop (RM10).
Foto: Facebook Dollah Ali
Anda wajib merasa ketiga-tiga menu ini, okey! Sementara menunggu waktu berbuka, anda boleh berbual sesama sendiri atau melihat-lihat baju jenama tempatan atau berjenama original yang turut dijual di sini.
Foto: Facebook Dollah Ali
Antara jenama yang terdapat di sini adalah TCSS, Captain Fin.co, Santa Cruz, Globe, Deus ex Machina, ChampionXkith, ChampionXxlarge, DCshoes, RVCA, Billabong, Quiksilver, Hurley, Tentree dan banyak lagi.
Istimewanya, setiap pembelian di sini melayakkan anda untuk mendapat diskaun daripada 10 sehingga 20 peratus.
Foto: Facebook Dollah Ali
Foto: Facebook Dollah Ali
Anda boleh melihat produk yang dijual di akaun Instagram Yourealshop. Jom, sambil makan sambil membeli belah di Log & Glide! - CARI |