CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1321|Reply: 2

[Tempatan] Lepas Anwar diampun, Munawar tuntut namanya dibersihkan

[Copy link]
Post time 3-6-2018 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by satrianaga at 3-6-2018 03:21 PM

Salah satu watakpenting dalam saga pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 lalu, hari initampil meminta supaya namanya dibersihkan daripada tuduhan dan sabitanmahkamah.
Dr Munawar A Aneesberkata sudah 20 tahun berlalu sejak polis menyumbatnya ke penjara "hanyakerana bersekutu dengan Anwar".
Katanya dia tidakmelakukan sebarang kesalahan namun polis datang ke rumahnya dan membawanyapergi.
"Apabila anaksaya balik dari sekolah pada hari itu, bapa mereka sudah tiada. Ibu merekaditinggalkan tanpa dapat menjelaskan apa yang berlaku," katanya melaluisepucuk surat terbuka untuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kata bekas penulisucapan untuk Anwar itu lagi dia menjadi mangsa kepada permainan politik dankini ia melengkapkan kitarannya.
"Dengan bersihnyanama Anwar melalui pengampunan (diraja), rekod jenayah yang tidak adil ke atassaya juga mesti dipadamkan.
"Saya, denganitu, meminta anda - sebagai ketua kerajaan - memastikan saya mendapatpengampunan penuh bagi membersihkan nama serta bayang-bayang yang tergantung disekeliling saya..
"Saya tak bolehmelupakan apa yang dilakuka polis terhadap saya," katanya.
Munawar, 70, adalahlelaki warganegara AS keturunan Pakistan yang pernah ditahan mengikut AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA) dua minggu selepas Anwar dipecat daripadajawatan timbalan perdana menteri.
Munawar mendakwadiseksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu bahawa dia "membenarkandirinya diliwat" oleh Anwar. Dia kemudian dipenjara selama empat bulan.
'Pengakuan' itu jugamenjadi alasan untuk polis menangkap Anwar pada 20 Sept 1998 sebelummendakwanya atas beberapa tuduhan rasuah serta salah laku seksual.
Berikut adalah petikansurat terbuka berkenaan:
Kepada Dr MahathirMohamad, tahniah atas pelantikan sebagai perdana menteri Malaysia. Saya gembiramelihat pilihan raya umum lalu berjalan dengan adil. Saya harap ini akanmembawa fajar untuk demokrasi di Malaysia - sebuah negara yang menyaksikananak-anak saya membesar.
Saya mengalu-alukaninisiatif anda untuk memohon pengampunan buat ketua umum PKR Anwar AnwarIbrahim. Ia menandakan ada mengakui kesilapan-kesilapan lalu anda dan mahumemperbetulkannya.
Jika Malaysiabenar-benar melangkah menuju demokrasi bermakna maka negara ini mesti mengambilkira semua kesalahan silamnya. Demokrasi yang dibangunkan di atas tubuh-tubuhorang tidak berdosa - termasuk saya - bukanlah demokrasi sama sekali.
Saya menulis iniuntuk meminta anda memberi saya dan keluarga saya apa yang anda hutang:keadilan.
Sudah 20 tahunsejak polis Malaysia mengumban saya ke penjara atas tuduhan yang direka hanyakerana saya bersekutu dengan Anwar.


Saya tidakmelakukan sebarang jenayah tetapi polis datang ke rumah saya dan membawa sayapergi. Apabila anak-anak saya balik dari sekolah pada hari itu bapa merekatiada. Ibu mereka ditinggalkan sendirian tanpa tahu bagaimana menjelaskan apayang berlaku.
Pada waktu itumatlamatnnya ialah mencemarkan Anwar secara politik. Dia juga ditangkap padasekitar waktu itu dan dihumban ke penjara.
Polis cubamengaitkan saya secara salah dengan jenayah-jenayah bersama Anwar. Awalnya sayamenafikan semua tuduhan dan tegas menolah sebarang usaha mengaitkan saya dengansebarang kesalahan. Ketika itulah penderaan bermula.
Polis menundukkansaya dengan segala cara penderaan: memukul menyiram air sangat sejuk,menghalang saya tidur dan makanan.
Seksaan itu memberikesan serius kepada saya hingga saya mengalami masalah jantung dan terpaksadibawa ke hospital. Di sana, buat kali pertama, saya dibenarkan melihatkeluarga saya.
Selepas diseksaberminggu-minggu, saya mengalah. Saya beritahu mereka yang mendera itu - iaituanggota polis anda - apa yang mereka mahu dengar. Tak ada satu pun yang betul.
Semua yang sayacakapkan ketika itu adalah supaya mereka berhenti menyeksa saya. Apabila sayadibawa ke mahkamah saya ulangi apa yang saya katakan kepada polis, bimbang jikatidak berbuat begitu, maknanya saya akan diseksa lagi.
Butiran ngerimengenai penahanan dan seksaan saya di bawah ISA boleh didapati dalam perakuansumpah saya pada7 Nov 1998.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2018 03:24 PM | Show all posts
Lepas ni sapa plak nak tampil korek cerita lama...
Nampak nya laluan DSAI nak jadi PM tak semudah yg dijangkakan...
Dah menang pon blom tentu dapat jadi PM selagi ada yg dok korek cerita lama.

Lebih baik DSAI bersihkan nama dia melalui mahkamah, bukan dengan cara mendapatkan pengampunan. Sbb org salah jer dia ampun, kalau tak salah bebas jew, buat apa nak ampun2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 10:28 AM | Show all posts

dari kerana mata.......yang mempunyai kuasa....wohhhhhh...... aku tergoda aku tergoda terkuciwa.....



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.588667 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list