Izzue Islam mengeluarkan satu jenama sendiri bagi produk pakaian dalam lelaki atas nama IzzuExclusive yang mula dipasarkan sejak Mei lalu.
Apa yang menarik adalah dia sendiri tidak menyangka bahawa ‘boxer’ yang dijualnya mendapat sambutan dan ia berjaya dijual sejak awal bulan.
Foto: IG Izzue Islam
Tempahan yang diterima juga banyak namun memandangkan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir maka produksinya sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan pakaian raya pula iaitu kurta dan songkok.
Foto: IG Izzue Islam
Foto: IG Izzue Islam
Dia juga menambah akan ada banyak lagi penghasilan pakaian dalam lelaki selepas Aidilfitri dan akan menjual sebanyak 500 hingga 1000 helai di pasaran.
Hebat Izzue! Lain dari yang lain produk perniagaannya. Jadi artis memang tidak boleh fokus pada lakonan sahaja, perlu pandai cari duit untuk teruskan hidup. - CARI