CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 0

Mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Di JPM

[Copy link]
Post time 23-5-2018 12:55 PM | Show all posts |Read mode


sumber : FB Rasmi Tun Mahathir



Setelah dua minggu mengambil alih pentadbiran sebagai kerajaan baru Malaysia, Pakatan Harapan yang terdiri daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan 13 menteri kabinet telah mengadakan mesyuarat kabinet yang pertama di Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Menurut pengawal pintu masuk JPM, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah individu yang paling awal memasuki JPM iaitu pada pukul 8 pagi. Difahamkan kehadiran awal pagi beliau adalah untuk membuat persiapan sebelum mesyuarat kabinet yang berlangsung pada jam 9.30 pagi.


Tun Mahathir dikatakan memasuki ke JPM pada jam 8.30 pagi, kemudian diikuti Anthony Loke, Gobind Singh Deo, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan yang lain-lain.


sumber : FB Rasmi Tun Mahathir



Turut hadir bersama termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha, Tan Sri Mazidah Abdul Majid.


Dijangka setelah mesyuarat kabinet, Perdana Menteri bakal mengadakan satu sidang media bersama semua menteri.- CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.047002 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list