Semenjak kerajaan baharu Pakatan Harapan ditubuhkan, semakin melonjak naik nama Nurul Izzah disebut-sebut.
Mana tidaknya, orangnya bijak, cantik pula tu, tetapi masih berpakaian sopan menutup aurat. Malah, Naib Presiden PKR itu seorang yang ceria dan mesra dengan rakyat.
Dan semalam, mata orang ramai tertancap di hadapan skrin komputer untuk 'bertemu' Nurul Izzah secara langsung dalam rancangan FBI Live bersama Fara Fauzana dan Faizal Ismail.
Menerusi ruangan komen, jelas kelihatan keterujaan netizen dengan kehadiran Nurul Izzah. Tidak putus-putus ucapan tahniah serta kata-kata pujian diucapkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Namun, tanpa disangka-sangka, berlaku suatu kejadian mengaibkan ketika siaran berlangsung apabila mereka menerima panggilan daripada seorang lelaki yang ingin bercakap dengan Nurul Izzah.
Kata-kata lelaki itu yang kononnya menasihati Nurul Izzah mencetuskan kemarahan orang ramai.
"Lepas ni YB kena berhat-hati sebab YB pakai tudung kan? Kadang-kadang terselak dan ternampak bahagian yang tak sepatatunya lah," katanya.
Rata-rata netizen mengecam tindakan melampau lelaki yang dikenali sebagai Azrul itu.
Apa masalah kau ni?
Dek kerana tidak sensitif dan selamba mengaibkan YB kesayangan ramai itu, netizen menganggap lelaki biadab itu merupakan 'macai' pihak pembangkang yang sengaja mahu memalukan Nurul Izzah.
"Azrul sengajalah tu. Mesti dia puak sebelah sana," komen netizen.
Sementara itu, segelintir pihak meletakkan kesalahan pada pihak pengurusan FBI Live atas kejadian yang berlaku.
Namun, seorang individu tampil meminta orang ramai untuk menerima teguran secara terbuka itu.
Foto: FB Faizal Ismail FBI
Anda rasa, tindakan Azrul melampau atau tidak? - CARI |