View: 4755|Reply: 52
|
[Tempatan]
EDISI SORE LOSER:Janji PH Hapus GST adalah fantasia bulan madu kat Bijan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan janji Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta melakukan pembaharuan ekonomi sebagai fantasi dan tidak realistik.
"Itu (janji PH) adalah fantasi. Tak mungkin mereka boleh melaksanakannya," katanya dipetik dalam wawancara bersama Malay Mail, semalam.
Najib berkata demikian ketika merujuk pada janji PH untuk membuat pengecualian dan penangguhan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menghapuskan GST dan menurunkan harga minyak.
Kenyataan bekas Perdana Menteri itu dibuat ketika rakyat menyaksikan operasi pemeriksaan besar-besaran dijalankan polis ke atas pejabat dan kediamannya, bagi membantu siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman melakukan pemeriksaan di enam lokasi serentak, iaitu di Pejabat Perdana Menteri (bekas perdana menteri) dan kediaman rasmi bekas Perdana Menteri di Putrajaya serta empat kediaman persendirian di ibu negara, termasuk kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini.
Tiga lagi kediaman persendirian yang diperiksa terletak di dalam Pavilion Residences Apartment.
Pelbagai barangan mewah, wang tunai dan dokumen berkaitan 1MDB dirampas polis sepanjang operasi itu.
Najib turut menyatakan keraguannya terhadap langkah mengurangkan GST kepada sifar, langkah sementara yang diumumkan HARAPAN dalam penghapusan cukai berkenaan.
"GST sifar bukan apa yang mereka janjikan. GST sifar boleh juga bererti anda boleh tambah bila-bila masa," katanya.
Najib turut menyifatkan laporan yang mengatakan pentadbirannya gagal sebagai percubaan PH memburukkan imejnya.
"Sudah boleh dilihat bahawa tiga hari selepas pilihan raya, mereka kata ekonomi dalam keadaan kukuh.
"(Sedangkan) sebelum itu mereka kata ekonomi dalam keadaan teruk, kita sedang bankrap dan Malaysia perlu diselamatkan.
"Adakah mereka cuba katakan bahawa ekonomi pulih dengan secepat itu? Simpanan kewangan kukuh dan kita ada pertumbuhan yang baik?
"Tidak! Ini adalah kenyataan yang dibuat tiga hari selepas pilihan raya," katanya dan menambah bahawa ekonomi sememangnya berada dalam keadaan baik ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya mampu tersenyum sinis?
|
|
|
|
|
|
|
|
cakap mcm masih dok atas kayangan...
sapa nk dengar ckp you lg |
|
|
|
|
|
|
|
Bijan, bijan.... |
|
|
|
|
|
|
|
kata bodoh kang takut terasa...ahaks!! |
|
|
|
|
|
|
|
tp xde perkataan lain yg plg beradab selain BODOH..susah nk elak utk xckp bodoh kt dia ..huhuhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ekonomi bagus ke? Kami penjawat awam ni mcm2 bajet tahunan kena cut.yg kumpulan sokongan lagi la..claim OT tak dibayar sbb xde duit.last2 dipaksa claim hours/off. |
|
|
|
|
|
|
|
Sembang je lah kau jib! Menyampah aku tgok. Baik kau duduk diam2 jah berkebun. |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 21-5-2018 09:14 AM
Ekonomi bagus ke? Kami penjawat awam ni mcm2 bajet tahunan kena cut.yg kumpulan sokongan lagi la..cl ...
Budget kena cut sebab kerajaan dulu dalam usaha nak kurangkan deficit. Memang sejak dari dulu ramai yang komplen kerajaan tak efficient, so antara langkah yang diambil potong apa yang tak perlu. |
|
|
|
|
|
|
|
Strategi bijak..bersihkan diri start drp pekan dulu..lps tu pahang..lps tu semenanjung..lps tu malaysia..Habisla kau Zahid & KJ..
Kalau mentaliti anda sama mcm pembangkang..anda akan mudah hadam kata2 beliau.. |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan yg undi PH tu bukan sbb manisfeto tu pun tp sbb nak jatuhkan hang yg makin menjadi2 korap... |
|
|
|
|
|
|
|
FARK news!!! Kata @dododgemok si cawat |
|
|
|
|
|
|
|
janji PH yg paling sedap;
1. minyak turun < rm1.50 seliter
2. GST dimansuhkan
3. Hak minyak & gas sabah/sarawak dipulangkan kepada sabah/sarawak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Semlm pi Freeport afarmosa melaka, masuk watson nk beli vitamin c..ada diskaun dari harga rm30 lbh dpt rm29.80 ...tp bila byr tinggal rm28..bila tanya dia org dh x caj gst...tp watson kat situ baru start..lain2 watson belom |
|
|
|
|
|
|
|
ph perlu la ckp ekonomi bagus.. kalau x pelabur semua cabut makin jahanam oiii... udah la atok.. sila berehat.... kaso moyang takbir jap... {:shy |
|
|
|
|
|
|
|
TNB dah start xde GST kan |
|
|
|
|
|
|
|
iols salah sorang pengundi yg mengundi bukan sebab termakan janji manifesto PH. matlamat paling utama iols undi sebab nk turunkan najib. yg ke-2 sebab tak nak UMNO terus memerintah dgn sesuka hati mak bapak dia, sampai rakyat terbeban dgn segala mcm kenaikan harga brg. |
|
|
|
|
|
|
|
Sblm ni dia cakap apa kat Tun..
Kepala hotak... |
|
|
|
|
|
|
|
tiga hari ph ambil alih terus ekonomi kukuh. hebat nya ph. byk byk tania |
|
|
|
|
|
|
| |
|