Sebenarnya ramai yang suka jika ada program atau kursus sebab dapat makan percuma. Pihak urusetia pasti akan menyediakan makanan kepada para peserta dan selamatlah duit poket sepanjang program itu berlangsung.
Tetapi apa perasaan jika makanan yang disediakan itu kotor dan menggelikan? Seorang pengguna twitter menaikkan status tentang ‘kari kepala ayam’ yang disediakan oleh pihak katering semasa mengikuti satu taklimat di pusat pengajiannya.
Netizen berpendapat pihak katering tidak ikhlas berniaga kerana tidak menjaga kebersihan ketika menyediakan makanan. Netizen juga meminta agar membuat aduan kepada pihak yang sepatutnya.
Netizen juga berasa tidak patut lelaki ini menaikkan status tersebut di twitter dan meminta agar di retweet oleh pengguna twitter. Ia bukannya dapat menyelesaikan masalah tetapi laporkan terus kepada pihak urusetia program.
Berhati-hatilah memilih makanan yang dijual. Kadang-kadang, penyedia makanan hanya mementingkan keuntungan berbanding kebersihan dan kualiti makanan. Jika boleh sediakan makanan sendiri, itu lebih baik. Betul tak? - CARI |