Belum habis pasca PRU14, kisah lalang dalam kalangan selebriti tempatan masih hangat diperkatakan oleh netizen. Ramai artis telah tampil menjelaskan kenapa hal tersebut berlaku, namun ada netizen seolah-olah menghukum mereka sebagai pengecut.
Tidak berdiam diri, Sharnaaz Ahmad sekali lagi menulis di Twitter dengan menyebut nama artis yang dikatakan 'berani' menyokong parti politik kerana mereka telah bersara. Jadi, tiada masalah pun untuk menyuarakan pendapat dengan lantang kerana mereka memang tidak rugi apa-apa. Ia berbeza dengan artis lain yang masih mencari makan dalam industri hiburan ini. Ini kali kedua Sharnaaz menyatakan pendapatnya, kali pertama di Instagram.
Foto : Twitter Sharnaaz Ahmad
Ramai yang bersetuju dengan Sharnaaz kerana tahu artis tersebut memang penyokong pembangkang (kini kerajaan) dari dahulu lagi.
Ternyata Sharnaaz antara artis yang berani bersuara. Malahan dia begitu memuji dengan kepantasan team kepimpinan baru ini.
Terdahulu, Sharnaz sudah pun menjelaskan hal yang sama di Instagram. Baginya ia bukan soal lalang kerana mereka semua mencari rezeki dalam industri hiburan. Jika telah digam, siapa yang akan menyara keluarga dan pastinya bukan netizen. Jadi, tak perlulah orang di luar sana menyalak jika tidak tahu kisah sebenar.
Sharnaz juga menempelak netizen yang menyampah dengan sesetengah artis lalang. Nasihatnya mudah, 'unfollow' artis tersebut kalau tak suka.
Malahan, tanpa takut Sharnaaz juga memberitahu yang dia adalah penyokong DAP kerana berasal dari negeri tersebut. Bukan rasis namun banyak yang dilakukan oleh parti itu untuk pembangunan di Pulau Pinang. Ramai yang bersetuju dengan penulisan jujur Sharnaz.
Walau apapun, artis dan netizen saling memerlukan, jadi sama-samalah berganding bahu bagi memajukan lagi industri hiburan ini. - CARI |