“Saya masih bertugas dan bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya
berhubung sebarang isu termasuk proses siasatan yang bakal dibuat terhadap saya."
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan kesediaan disiasat berhubung sebarang isu yang timbul sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), lapor Harian Metro.
 Foto: NST
Menurutnya, dia sedar namanya dan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali disenaraikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara individu bakal disiasat berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isu lain.
Selain Khalid, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diarahkan untuk menjalankan siasatan ke atas pelaburan dan kewangan 1MDB. - CARI |